• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Catat Dagangan Rendah Ketika Dibuka Untuk Urus Niaga Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) —  Bursa Malaysia meneruskan trend menurunnya minggu ini kerana kekurangan pemangkin di pasaran ketika dibuka untuk urus niaga pagi Isnin ini.

Pada jam 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut  4.22 mata atau 0.27 peratus kepada 1,544.29 daripada penutupan urus niaga Jumaat pada 1,548.51. 

Indeks utama dibuka 0.89 mata lebih rendah pada 1,547.62. 

Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 263 berbalas 154 sementara 306 kaunter tidak berubah, 1,553 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan 220.87 juta unit bernilai RM111.02 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd,  bursa tempatan mungkin menyaksikan aktiviti membeli ketika saham berharga murah berikutan penurunan kes harian COVID-19 yang disahkan sementara menantikan pengumuman data kadar inflasi Malaysia pada hari Jumaat ini.

Malaysia mencatatkan 14,954 jangkitan COVID-19 baharu pada hari Ahad, merosot ke bawah paras 15,000 kes untuk pertama kali sejak 26 Julai apabila jumlah harian pada ketika itu mencatatkan 14,516 kes.

“Selain itu, penurunan jumlah kes harian COVID-19 yang disahkan dapat menjadi petanda baik bagi sektor tema pemulihan seperti pengguna, pelancongan dan pembinaan serta bahan bangunan terpilih.

“Sementara itu, sektor teknologi masih kelihatan menarik kerana minat belian masih meningkat di sektor ini walaupun sentimen pasaran lebih lemah,” katanya dalam catatan hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Axiata masing-masing naik empat sen kepada RM8.29 dan RM3.95, TNB meningkat dua sen kepada RM9.92, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.94 dan RM6.70, sementara Public Bank susut tiga sen kepada RM4.03 dan CIMB turun satu sen kepada RM4.81.

Bagi saham aktif, KNM menokok satu sen kepada 27.5 sen, Emico naik 1.5 sen kepada 68 sen, Bioalpha menambah setengah sen kepada 23 sen.

Sementara itu, Sapura Energy, Dagang Nexchange tidak berubah pada 12 sen dan 80 sen, sementara Tanco susut setengah sen kepada 23 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 30.38 mata kepada 11,335.44, Indeks FBMT 100 turun 31.63 mata pada 11,028.23, Indeks FBM Emas Syariah susut  32.93 mata kepada 12,381.21, FBM 70 berkurangan 48.74 mata kepada 14,958.55 sementara FBM ACE lega 6.96 mata kepada 7,194.26.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan mengukuh 12.22 mata kepada 6,438.64, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.64 mata kepada 198.97, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 47.40 mata kepada 15,242.40.

— BERNAMA

Share256ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In