• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Berharga Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Teruskan Aliran Menaik Pada Pembukaan Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih tinggi pada Jumaat apabila indeks petunjuk utama meningkat sebanyak 0.08 peratus, dipacu aktiviti pembelian saham yang berharga rendah.

Pada 9.01 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.21 mata kepada 1,556.47 daripada 1,555.26 pada akhir dagangan Rabu.

Pasaran itu dibuka dengan menokok 1.09 mata kepada 1,556.35.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup semalam bersempena cuti umum Hari Malaysia.

Sentimen pasaran juga positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 196 berbanding 98 manakala 272 kaunter lain tidak berubah, 1,702 tidak diniagakan dan enam digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 123.69 juta unit bernilai RM49.12 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata aktiviti pembelian saham berharga rendah dijangka terus ketara susulan kembalinya penyertaan pelabur asing dalam pasaran saham tempatan berikutan kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kelongaran seterusnya akan turut mendorong minat pelabur dalam saham-saham berkaitan pemulihan seperti bahan mentah binaan serta pengguna,” katanya dalam nota penyelidikannya, hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank masing-masing naik satu sen kepada RM8.30 dan RM4.02 manakala Petrons Chemicals meraih tiga sen kepada RM8.04, IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.58 dan Press Metal Aluminium susut dua sen kepada RM5.72.

Bagi saham aktif, Malayan United Industries, Impiana Hotels dan Ageson masing-masing tidak berubah pada 8.5 sen, 8.5 sen dan 7.5 sen.

Kaunter paling untung menyaksikan Fraser and Neave Holdings naik 34 sen kepada RM27.38, Genetec Technology meraih 20 sen kepada RM35.38 manakala Subur Tiasa Holdings menokok 15 sen kepada 85 sen.

Bagi kaunter paling rugi, Sam Engineering susut 18 sen kepada RM14.30, Petronas Gas turun lapan sen kepada RM16.80 dan Telekom Malaysia menguncup enam sen kepada RM5.91.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 11.10 mata kepada 11,406.95, Indeks FBMT 100 menokok 10.19 mata kepada 11,096.47 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 3.79 mata kepada 12,481.58.

FBM 70 mengukuh 19.843 mata kepada 14,978.21 manakala FBM ACE meningkat 29.50 mata kepada 7,225.25.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 13.76 mata kepada 6,505.69, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.30 mata kepada 200.00 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 26.99 mata kepada 15,291.50.

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In