• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan kekurangan minat belian, walaupun prestasi semalaman Wall Street kukuh.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.76 mata kepada 1,569.37 daripada 1,570.13 semasa ditutup pada Isnin.

Ia dibuka rendah 0.58 mata kepada 1,569.55.

Bagaimanapun, suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 198 berbanding 144, manakala 279 kaunter tidak berubah, 1,647 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 166.81 juta unit bernilai RM87.51 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata pasaran boleh diimbangi oleh potensi aktiviti belian saham pada harga rendah pada minggu ini berikutan peningkatan semula yang positif di Wall Street, selain kestabilan dalam landskap politik tempatan selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan semalam.

“Bagi komoditi, harga minyak sawit mentah dan minyak mentah berada pada aliran meningkat, manakala harga aluminium terus mencatatkan peningkatan.

“Oleh itu, kami menjangka aktiviti belian saham pada harga rendah akan berterusan dalam saham yang mencatatkan pemulihan seperti perbankan, pengguna dan pelancongan terutamanya dalam segmen perjalanan domestik,” menurut firma penyelidikan itu dalam nota hari ini.

Katanya pelabur juga boleh menjalankan dagangan di kaunter perladangan serta minyak dan gas dalam persekitaran harga komoditi yang kukuh.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.30, Public Bank dan CIMB Group, masing-masing merosot dua sen kepada RM4.04 dan RM4.82 manakala Petronas Chemicals meningkat tiga sen kepada RM8.02.

Daripada saham aktif, Kejuruteraan Asastera naik satu sen kepada 39.5 sen, DataPrep Holdings meningkat empat sen kepada RM1.19 manakala Avillion dan Tanco Holdings, masing-masing tidak berubah pada 15.5 sen dan 23.5 sen.

Kaunter paling rugi termasuklah SAM Engineering yang merosot 18 sen kepada RM14.56, diikuti Genetec Technology yang susut 12 sen kepada RM32.94 dan Maxis yang berkurangan 10 sen kepada RM4.66.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 2.20 mata kepada 11,483.56, Indeks FBMT 100 naik 0.18 mata kepada 11,172.87 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 12.53 mata kepada 12,582.14.

FBM 70 naik 22.03 mata kepada 15,020.65 manakala FBM ACE meningkat 5.00 mata kepada 7,224.11.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 8.57 mata kepada 6,589.64, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.94 mata kepada 201.58 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 28.82 mata kepada 15,344.73.

— BERNAMA

Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In