• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Teruskan Aliran Menaik Pada Pembukaan Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi semalaman pasaran saham Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang suram berikutan kebimbangan yang berpanjangan mengenai pertumbuhan ekonomi yang perlahan, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.94 mata kepada 1,592.69 daripada 1,597.63 semasa ditutup pada Rabu.

Ia dibuka rendah 5.45 mata kepada 1,592.18.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 197 berbanding 161, manakala 275 kaunter tidak berubah, 1,586 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 209.25 juta unit bernilai RM93.14 juta.

Dalam nota hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pemulihan ekonomi negara dilihat berada pada landasan yang tepat dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Jumaat ini dan kes aktif yang jatuh untuk lapan hari berturut-turut.

“Pelabur dijangka lebih optimis pada masa depan. Bagaimanapun, mereka mungkin berhati-hati sedikit menjelang keputusan mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia hari ini, yang akan memberi petunjuk mengenai situasi ekonomi semasa dan prospek pemulihan Malaysia pada masa depan,” katanya.

Mengenai komoditi, katanya harga minyak sawit mentah (MSM) dan minyak mentah berada pada aliran meningkat.

Malacca Securities juga berkata pembukaan semula lebih banyak sektor ekonomi memberi prospek yang baik kepada sektor yang mencatatkan pemulihan seperti kaunter berkaitan pengguna, pembinaan dan berkaitan hartanah manakala harga MSM yang meningkat dijangka menarik minat belian di kaunter perladangan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM8.33, Petronas Chemicals naik lima sen kepada RM8.14, Tenaga Nasional meningkat empat sen kepada RM10.34 dan IHH Healthcare menambah 13 sen kepada RM6.53 manakala Public Bank merosot tiga sen kepada RM4.12.

Daripada saham aktif, SYF Resources naik 1.5 sen kepada 45.5 sen, PAOS Holdings menambah dua sen kepada sembilan sen, Kanger susut setengah sen kepada 5.5 sen, Lambo berkurangan satu sen kepada 11.5 sen manakala KNM tidak berubah pada 26.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 31.73 mata kepada 11,633.57, Indeks FBMT 100 merosot 34.73 mata kepada 11,329.72 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 27.34 mata kepada 12,760.99.

FBM 70 berkurangan 44.90 mata kepada 15,195.62 manakala FBM ACE menambah 6.73 mata kepada 7,258.81.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 51.10 mata kepada 6,677.45 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 51.51 mata kepada 15,474.93 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.29 mata kepada 202.90.

— BERNAMA

Share203ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In