• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Di Bursa Malaysia Tinggi Sedikit Ketika Akhiri Sesi Urus Niaga Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) —  Dagangan di Bursa Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan ketika mengakhiri sesi awal urus niaga hari ini, disokong oleh beberapa kegiatan belian yang membabitkan kaunter berwajaran tinggi, kata para peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.24 mata kepada 1,581.83 berbanding 1,581.59 pada penutupan hari Isnin.

Selepas dibuka 0.16 mata lebih tinggi pada 1,581.75, indeks FBM KLCI berlegar antara 1,581.08 dan 1,586.37 sepanjang sesi urus niaga pagi hingga tengah hari.

Pergerakan harga di pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi rugi 502 berbalas 441, sementara 437 kaunter tidak berubah, 847 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.76 bilion unit bernilai RM1.46 bilion.

Seorang peniaga berkata Bursa Malaysia bergerak dalam julat yang ketat pada sesi pagi selepas dibuka tinggi, mengambil pertunjuk daripada prestasi menggalakkan rakan bursa serantau lain yang kebanyakannya meneruskan kerancakan urus niaga semalam.

Bagi bursa serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.61 peratus kepada 26,322.18 dan Nikkei 225 Jepun menokok 0.83 peratus kepada 29,907.18 sementara Indeks Straits Times Singapura lega 0.14 peratus kepada 3,096.88 dan Kospi Korea Selatan susut 0.75 peratus kepada 3,179.36.

 Di bursa tempatan, dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional masing-masing susut empat sen kepada RM8.29 dan RM10.30, dan Petronas Chemicals turun satu sen kepada RM8.09. Sementara itu, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing kekal pada harga RM4.09 dan RM6.35.

Bagi kaunter aktif, KNM meningkat dua sen kepada 31 sen dan Avillion naik satu sen kepada 14 sen, sementara Pegasus, TFP Solutions dan Hubline masing-masing tidak berubah pada 1.5 sen, 23 sen dan empat sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 8.54 mata kepada 11,589.39, Indeks FBMT 100 menambah 3.93 mata pada 11,276.41, dan Indeks FBM Emas Syariah naik 26.96 mata kepada 12,701.91.

FBM 70 meningkat 14.01 mata kepada 15,217.76 sementara FBM ACE menokok 42.34 mata kepada 7,317.92.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan mengukuh 6.33 mata kepada 6,632.04 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri untung 1.65 mata kepada 201.76, tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 48.97 mata kepada 15,427.25.

— BERNAMA

Share231ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In