• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Teruskan Aliran Menaik Pada Pembukaan Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi hari ini, didorong oleh minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan pelabur tertarik dengan harga saham yang lebih rendah, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.29 mata kepada 1,585.48 daripada 1,582.19 semasa ditutup semalam.

Ia dibuka tinggi 2.98 mata kepada 1,585.17.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 259 berbanding 154, manakala 292 kaunter tidak berubah, 1,483 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 408.95 juta unit bernilai RM169.91 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata walaupun bursa tempatan ditutup rendah semalam, keyakinan terhadap pemulihan masih kekal.

Dalam nota penyelidikan hari ini, katanya sentimen optimis disebabkan purata kadar jangkitan (R-naught) merosot di bawah 1.0 (berdasarkan data pada 1 Sept), selain Melaka dan Negeri Sembilan beralih kepada Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 4 Sept, 2021.

“FBM KLCI menyaksikan satu lagi sesi penurunan (pada Khamis) walaupun terdapat belian daripada pelabur runcit tempatan dan asing, berikutan konstituen indeks akur kepada aktiviti pengambilan untung selepas meningkat semula pada pertengahan pagi,” katanya.

Sementara itu, katanya harga minyak mentah naik semula melebihi US$72 setong, manakala harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat melebihi paras RM4,200.

“Kaunter minyak dan gas mungkin mendapat perhatian berikutan kenaikan harga minyak mentah. Selain itu, sektor pelancongan dijangka mendapat tarikan berikutan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk membuka semula sektor pelancongan melibatkan beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan.

“Kita mungkin menyaksikan minat dagangan yang meningkat di kaunter berkaitan cukai berikutan pakar cukai menyatakan bahawa Malaysia memerlukan pembaharuan cukai untuk meluaskan asas cukai,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 3.0 sen kepada RM8.30, Public Bank naik 1.0 sen kepada RM4.08, IHH Healthcare menambah 2.0 sen kepada RM6.38 manakala Petronas Chemicals dan Tenaga Nasional, masing-masing tidak berubah pada RM8.29 dan RM10.38.

Daripada saham aktif, Puncak Niaga naik 5.0 sen kepada 47 sen, Avillion menambah setengah sen kepada 13 sen manakala KNM Group dan Sapura Energy, masing-masing meningkat 1.0 sen kepada 28.5 sen dan 13 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 23.98 mata kepada 11,557.40, Indeks FBMT 100 meningkat 22 mata kepada 11,259.98 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 31.50 mata kepada 12,688.86.

FBM 70 naik 23.92 mata kepada 15,030 manakala FBM ACE merosot 6.79 mata kepada 7,210.80.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 18.96 mata kepada 6,707.51, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.36 mata kepada 198.89 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 18.29 mata kepada 15,418.16.

— BERNAMA

Share225ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In