• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Teruskan Aliran Menaik Pada Pembukaan Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi hari ini, didorong oleh minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan pelabur mengambil peluang daripada harga rendah, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.58 mata kepada 1,600.49 daripada 1,586.89 semasa ditutup pada Rabu.

Ia dibuka tinggi 1.42 mata kepada 1,588.31.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 269 berbanding 219, manakala 304 kaunter tidak berubah, 1,426 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 501.35 juta unit bernilai RM245.16 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata pihaknya menjangka saham tempatan terus mencatatkan peningkatan selepas berhenti seketika berikutan keyakinan pelabur dapat ditingkatkan oleh penyata pra-belanjawan Kementerian Kewangan.

Katanya Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) dijangka meneruskan dengan kenaikan pengeluaran secara berperingkat yang sedia ada walaupun mempunyai semakan semula prospek permintaan 2022 yang lebih tinggi, yang boleh meningkatkan harga minyak dalam tempoh jangka panjang.

“Pelabur dijangka terus menyasarkan sektor yang mencatatkan pemulihan hari ini seperti bahan binaan, perbankan dan pengguna berikutan penurunan semalam.

“Saham teknologi dijangka menjejaki peningkatan semalaman di Nasdaq dan saham berkaitan solar dijangka menyaksikan minat dagangan yang tinggi berikutan kontrak solar fotovoltaik (PV) telah diberikan kepada beberapa syarikat,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing susut 1.0 sen kepada RM8.29 dan RM4.07 manakala Petronas Chemicals menambah 2.0 sen kepada RM8.31, Tenaga Nasional naik 10 sen kepada RM10.44 dan IHH Healthcare meningkat 9.0 sen kepada RM6.42.

Daripada saham aktif, Ho Wah Genting naik 7.0 sen kepada 37 sen, TFP Solution menambah 1.0 sen kepada 23 sen, bagaimanapun TA Win dan Sapura Energy, masing-masing susut setengah sen kepada 16.5 sen dan 12.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 28.76 mata kepada 11,590.10, Indeks FBMT 100 meningkat 32.44 mata kepada 11,297.48 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 52.43 mata kepada 12,751.52.

FBM 70 naik 15.23 mata kepada 15,023.68 dan FBM ACE meningkat 2.46 mata kepada 7,218.48.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 18.30 mata kepada 6,775.89 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.01 mata kepada 199.58 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 6.28 mata kepada 15,390.26.

— BERNAMA

Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In