• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Menaik Lima Hari Berturut-Turut

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Teruskan Aliran Menaik Pada Pembukaan Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatannya untuk hari kelima berturut-turut apabila dibuka tinggi pagi awal dagangan Khamis, didorong oleh momentum belian berterusan di tengah-tengah sentimen pasaran yang positif selain pengukuhan harga komoditi dan minyak.

Pada pukul 9.09 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.90 mata kepada 1,573.70 daripada 1,569.80 pada penutupan semalam (Rabu).

Indeks utama dibuka 0.92 mata lebih tinggi pada 1,570.72.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 246 berbalas 181 manakala 290 kaunter tidak berubah, 1,535 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 313 juta saham bernilai RM159 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd,  pelabur asing membeli ekuiti tempatan bernilai RM236.5 juta semalam – pembelian bersih harian tertinggi sejak pertengahan Jun di tengah-tengah ketenangan persekitaran politik tempatan semasa.

“Walaupun indeks utama terus meningkat, aktiviti pengambilan untung mungkin muncul selepas lonjakan yang kukuh dicatatkan oleh bursa,” kata firma penyelidikan itu dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Ia juga berkata pelabur mungkin menyasarkan sektor perladangan dan tenaga berikutan kenaikan harga minyak sawit mentah dan harga minyak mentah yang lebih mantap, dengan penanda aras minyak mentah Brent melepasi paras US$72 setong.

Di peringkat antarabangsa pula, pelabur masih menantikan hasil daripada Simposium Tahunan Dasar Ekonomi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat bagi mendapatkan hala tuju dasar monetari yang dijangka mampu mempengaruhi sentimen pasaran.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Petronas Chemicals naik 23 sen kepada RM8.38, Sime Darby meningkat lapan sen kepada RM2.34, Press Metal menambah enam sen kepada RM5.30, sementara MISC dan Telekom Malaysia mengukuh sembilan sen, masing-masing kepada RM7.00 dan RM6.05.

Sementara itu, Maybank turun satu sen kepada RM8.32 dan Public Bank naik satu sen kepada RM4.11.

Bagi saham aktif, Ta Win menokok dua sen kepada lima sen, Parkson lebih tinggi sebanyak tiga sen pada 22.5 sen sementara BCM Alliance dan Scope Industries masing-masing turun dua sen kepada 7.5 sen dan 34.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 22.57 mata kepada 11,472.03, Indeks FBMT 100 menambah 22.07 mata pada 11,180.66, Indeks FBM Emas Syariah menokok 38.72 mata kepada 12,590.62, FBM 70 lebih tinggi 7.52 mata kepada 14,941.16 dan FBM ACE kerugian 21.89 mata kepada 7,267.23.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 29.96 mata kepada 6,692.97, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 23.62 mata kepada 15,358.33 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri naik 2.29 mata kepada 196.88.

– BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In