• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tinggi pagi ini, didorong oleh minat belian sederhana di kaunter berwajaran tinggi terpilih yang didahului oleh CIMB dan Public Bank. 

Pada jam 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 2.94 mata kepada 1,517.89 berbanding 1,514.95 pada penutupan petang Khamis.

Indeks utama dibuka 2.28 mata lebih tinggi pada 1,517.23.  

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 198 berbalas 168 sementara 236 kaunter tidak berubah, 1,606 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 279.18 juta unit bernilai RM92.68 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd percaya faktor-faktor seperti gambaran yang lebih jelas dari sudut perkembangan politik, prosedur operasi standard yang lebih longgar di negeri-negeri fasa satu di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) serta musim pelaporan pendapatan korporat dapat menyumbang kepada minat dagangan di bursa tempatan.

“Namun begitu, terdapat risiko penurunan termasuk jangkitan harian COVID-19 yang tinggi serta penyusutan harga minyak mentah,” katanya.

Selain itu, harga minyak sawit mentah (MSM) juga telah turun di bawah paras RM4,500, ” tambah firma broker itu dalam catatan penyelidikannya hari ini.

Ia menambah pelabur mungkin memberi lebih fokus kepada sektor tema pemulihan seperti pengguna serta pengangkutan dan logistik berikutan pelonggaran selanjutnya SOP di negeri-negeri dalam fasa satu mulai hari ini.

“Sementara itu, dengan tibanya musim pelaporan korporat, peniaga akan turut memantau sektor teknologi, penjagaan kesihatan dan perladangan,” kata Malacca Securities.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, CIMB naik empat sen kepada RM4.64, Public Bank meningkat dua sen kepada RM3.93, Maybank menambah tiga sen kepada RM8.12, Kuala Lumpur Kepong lebih tinggi sebanyak 18 sen kepada RM20.18, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7. 97 dan TNB susut dua sen kepada RM9.88.

Bagi kaunter aktif, TFP Solutions naik satu sen pada 22 sen, Advance Synergy meningkat satu sen kepada 18 sen, Malayan United dan Dagang NeXchange menokok setengah sen kepada sembilan sen dan 74.5 sen, AE Multi Holdings tidak berubah pada empat sen dan Serba Dinamik turun satu sen kepada 40.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE meningkat 34.31 mata pada 7,144.47, Indeks FBM Emas mengukuh 23.06 mata kepada 11,097.36, Indeks FBM Emas Syariah naik 11.94 mata kepada 12,193.28, Indeks FBMT 100 mengembang 21.63 mata kepada 10,812.31, dan FBM 70 memperoleh 31.60 mata kepada 14,558.91.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.16 mata kepada 189.03, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 41.94 mata kepada 14,838.64, dan Indeks Perladangan lebih tinggi 36.59 mata kepada 6,410.09.

– BERNAMA

Share650ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In