• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah, dengan indeks utama merosot sebanyak 0.24 peratus selepas mencatatkan prestasi kukuh semalam.   

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.69 mata kepada 1,519.90 daripada 1,523.59 semasa ditutup pada Selasa.   

Indeks dibuka tinggi 1.39 mata kepada 1,524.98. 

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 188 berbanding 123, manakala 271 kaunter tidak berubah, 1,618 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 319.34 juta unit bernilai RM100.82 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangka sentimen pasaran akan terus berhati-hati berikutan pelabur menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selain Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa pemimpin parti untuk bekerjasama menangani COVID-19 dan masalah ekonomi.

Firma broker itu berkata pelabur boleh terus menempatkan kedudukan dalam sektor yang mencatatkan pemulihan seperti berkaitan pengguna, pengangkutan dan logistik serta pembinaan.

“Bagaimanapun, pedagang boleh melakukan perdagangan dengan berhati-hati dalam saham teknologi terpilih berikutan keputusan China untuk memperketat peraturan persaingan untuk syarikat Internet,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH Healthcare meningkat satu sen kepada RM5.79, Public Bank dan Petronas Chemicals, masing-masing tidak berubah pada RM3.95 dan RM8, manakala Maybank dan TNB, masing-masing berkurangan tiga sen kepada RM8.11 dan RM9.91.

CIMB, Press Metal dan Maxis, masing-masing susut satu sen kepada RM4.59, RM5.09 dan RM4.44.

Daripada saham aktif,  Avillion naik 1.5 sen kepada 21.5 sen, AppAsia menambah setengah sen kepada 15 sen, TFP Solutions tidak berubah pada 21.5 sen, Advance Synergy merosot dua sen kepada 20.5 sen dan Malayan United berkurangan satu sen kepada 9.5 sen. 

Di papan indeks, FBM ACE naik 22.33 mata kepada 7,154.47, Indeks FBM Emas berkurangan 17.20 mata kepada 11,103.94, Indeks FBM Emas Shariah merosot 17.34 mata kepada 12,209.27, Indeks FBMT 100 susut 20.17 mata kepada 10,820.80 dan FBM 70 naik 3.37 mata kepada 14,547.72. 

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.08 mata kepada 190.83, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 25.42 mata kepada 14,819.45 dan Indeks Perladangan susut 5.57 mata kepada 6,317.86. 

— BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In