• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Solarvest Peroleh Kontrak RM66 Juta Untuk Bangunkan Ladang Solar 17.36MW Di Perak

in Catalyst
A A
Solarvest, Satria Megajuta Dapat Kontrak PV Solar
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) — Unit Solarvest Holdings Bhd, Atlantic Blue Sdn Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM66 juta daripada Grooveland Sdn Bhd sebagai kontraktor utama kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bagi pembangunan loji fotovolta solar berskala besar (LSSPV) 17.36MW di Perak.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kontrak yang diperoleh itu akan memberi sumbangan positif kepada aset bersih dan pendapatan sesaham Solarvest dan kumpulan syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2022 dan seterusnya sehingga projek tersebut selesai.

Dalam kenyataan berasingan, ia berkata dengan kontrak terkini itu, tempahan EPCC Solarvest baharu yang diperoleh daripada program LSS @ Mentari meningkat kepada kira-kira RM196 juta, meningkatkan jumlah perolehan nilai kontrak yang belum dibilkan ke paras tertinggi mencecah RM400 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest Davis Chong Chun Shiong berkata aliran pelaburan untuk projek solar telah berkembang pesat kerana lebih banyak pemain utama industri tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti minyak dan gas menyalurkan perbelanjaan pengembangan mereka ke sektor pertumbuhan tinggi ini.

“Dorongan untuk ekonomi kitaran dan rantaian nilai hijau juga memacu pemain industri tempatan beralih kepada tenaga boleh diperbaharui dan pada masa yang sama, industri solar di Malaysia memperoleh daya tarikan daripada pelabur asing kerana Asia Tenggara kini menjadi rantau pertumbuhan utama seterusnya,” kata beliau.

Chong berkata prospek Solarvest di luar Malaysia juga cerah dan positif kerana usaha meneroka pasaran luar negara seperti Taiwan dan Filipina dijangka memasuki peringkat seterusnya dengan keputusan tender dijangka diumumkan dalam waktu dekat.

“Lebih kurang 30 peratus daripada sekitar 1,000 MW dalam buku tender kami adalah dari dua negara ini dan apabila pendapatan dari Taiwan dan Filipina mula masuk, kami menjangkakan tahap pertumbuhan yang tinggi untuk kumpulan ini,” tambah beliau.

— BERNAMA

Share285ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In