• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Sedikit Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia mencatat peningkatan kecil pada awal dagangan Selasa ketika sentimen pasaran pulih, didorong oleh jangkaan terhadap pakej rangsangan di Amerika Syarikat dan China selain faktor penurunan angka harian kes COVID-19, kata peniaga.

Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.44 mata kepada 1,493.44 daripada 1,493.0 pada akhir dagangan Isnin.

Sewaktu pasaran dibuka, indeks penanda aras itu naik 0.15 mata kepada 1,493.15.

Perkembangan COVID-19 menyaksikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata jumlah kes harian di Malaysia berkurangan pada Isnin kepada 15,764 kes berbanding 17,150 kes pada hari sebelumnya.

Bagaimanapun di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 175 berbanding 159 manakala 247 kaunter tidak berubah, 1,591 tidak diniagakan dan sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 209.27 juta unit bernilai RM107.34 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata para pelabur dijangka lebih berhati-hati dalam memilih kaunter saham berikutan ketidaktentuan politik yang kian ketara walaupun terdapat kepentingan pembelian saham syarikat yang mempunyai prospek positif ketika musim pelaporan pendapatan korporat akan datang.

“Oleh kerana kaunter teknologi melaporkan prestasi memberangsangkan baru-baru ini, aliran peningkatan itu dijangka berterusan dan berkemungkinan turut dialami sektor berkaitan lain seperti kaunter penggiat perkhidmatan pembuatan elektronik.

“Pelabur dijangka melakukan dagangan secara berhati-hati dengan paras sokongan seterusnya pada 1,480 dan 1,450 manakala paras rintangan pada 1,500,” katanya dalam nota penyelidikan pada Selasa.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank masing-masing naik satu sen kepada RM8.00 dan RM3.98, Tenaga menambah dua sen kepada RM9.65 manakala PetChem tidak berubah pada RM8.05.

IHH sebaliknya susut tujuh sen kepada RM5.65 berikutan penurunan kes COVID-19 harian.

Bagi saham aktif, Fitters menokok dua sen kepada 38 sen, Greenyield menambah setengah sen kepada 38.5 sen, Emico naik lapan sen kepada 38.5 sen, YGL meraih satu sen kepada 31 sen manakala YLI meningkat 12.5 sen kepada 54.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 2.25 mata kepada 10,987.91, Indeks FBMT 100 meningkat 2.17 mata kepada 10,694.3 manakala FBM ACE menokok 2.26 mata kepada 7,089.19.

Bagaimanapun, FBM 70 susut 0.68 mata kepada 14,619.15 dan Indeks Syariah FBM Emas turun 4.56 mata kepada 12,066.71.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 15.68 mata kepada 14,684.23, Indeks Perladangan menokok 8.16 mata kepada 6,017.4 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.18 mata kepada 188.0.

— BERNAMA

Share203ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In