• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

VSTECS Dilantik Sebagai Pengedar Alibaba Cloud Di Malaysia

in Catalyst
A A
VSTECS Dilantik Sebagai Pengedar Alibaba Cloud Di Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) — Anak syarikat VSTECS Bhd, VSTECS Pericomp Sdn Bhd telah dilantik Alibaba Cloud sebagai pengedar berikutan perkhidmatan awan awamnya yang berprestasi tinggi di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif VSTECS, Soong Jan Hsung berkata syarikat itu berhasrat memanfaatkan kedudukan pasaran utamanya dan rangkaian meluas rakan perusahaan untuk mempercepat penerimagunaan awan dalam industri utama sektor awam dan swasta. 

“Penerimagunaan awan telah menjadi bahagian penting dalam kecekapan dunia perniagaan baharu dan sejak pembukaan pusat data pertamanya di Malaysia pada 2017 dan 2018, Alibaba Cloud telah menyediakan pilihan tempatan kepada perusahaan Malaysia untuk membina perniagaan mereka dan menjalankan aplikasi mereka di platform awan yang maju, boleh dipercayai dan selamat,” katanya dalam kenyataan.

Alibaba merupakan cabang teknologi digital Alibaba Group.

Soong berkata perkongsian dengan Alibaba Cloud tepat pada masanya ketika negara menunjukkan kemajuan ke arah inisiatif MyDigital melalui Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang “akan menyaksikan kita mempercepat transformasi digital bersama-sama.”

“Melalui jangkauan saluran kami, kami yakin perkongsian ini akan mewujudkan keputusan yang positif terhadap kedua-dua pihak pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Alibaba Cloud Intelligence Malaysia, Jordy Cao berkata syarikat itu yakin perkongsian berkenaan akan meningkatkan lagi pasaran pengkomputeran awan tempatan dan mendorong perniagaan tempatan untuk memanfaatkan ekonomi digital.

“Kami gembira untuk menjalinkan kerjasama dengan VSTECS untuk terus menawarkan perkhidmatan dan teknologi awan yang maju, selamat dan boleh dipercayai kepada perniagaan di Malaysia. Membina rangkaian ekosistem rakan niaga yang komprehensif telah menjadi satu daripada fokus utama kami di rantau ini,” katanya.

— BERNAMA

Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

12 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

12 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

12 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In