• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Indeks utama Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini di sebalik kebimbangan terhadap tahap pemulihan ekonomi negara berikutan kes baharu harian COVID-19 yang telah mencecah lima angka selama dua hari berturut-turut.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 1.21 mata lebih tinggi kepada 1,513.53 daripada 1,512.32 sewaktu ditutup pada Rabu.

Indeks utama itu dibuka 0.25 mata lebih tinggi kepada 1,512.57.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 172 berbanding 135, manakala 238 kaunter tidak berubah,1,683 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 283.08 juta unit bernilai RM105.51 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata peningkatan kes harian COVID-19 yang membimbangkan telah menyuramkan keyakinan terhadap kadar pemvaksinan yang semakin baik di negara ini.

“Kami berpandangan bursa tempatan akan terus didagangkan tidak banyak berubah sehingga Malaysia boleh beralih kepada Fasa Kedua dalam Pelan Pemulihan Negara.

“Sementara itu, pasaran mungkin memantau siri data ekonomi China yang akan dikeluarkan hari ini,” menurut firma broker itu dalam nota hari ini.

Mengikut komoditi, ia berkata, harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat melepasi paras RM4,000 satu tan seiring dengan niaga hadapan kacang soya, manakala harga minyak mentah mencatatkan penurunan.

Firma itu turut menjangkakan minat belian dalam indeks teknologi akan berterusan dalam masa terdekat, manakala harga MSM yang lebih kukuh akan memberikan petanda baik kepada sebahagian kaunter perladangan.

Ia juga menjangka sektor penjagaan kesihatan akan menyaksikan dagangan yang meningkat semula dalam jangka pendek berikutan kes COVID-19 yang tidak berkurang di negara ini.

“Bagi unjuran teknikal, apabila pelabur berada di luar pasaran, kami menjangka indeks utama akan didagangkan dalam paras rintangan antara 1,525 – 1,548, manakala sokongan pada 1,500,” katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan TNB menambah dua sen masing-masing kepada RM8.07 dan RM9.64, manakala Public Bank, Petronas Chemicals dan CIMB tidak berubah masing-masing pada RM4.07, RM8.03 dan RM4.53.

IHH pula menokok kepada RM5.68.  

Bagi kaunter paling aktif, Yenher naik satu sen kepada 96 sen, manakala Sapura Energy dan Lambo masing-masing tidak berubah pada 12 sen dan satu sen, dan Serba Dinamik menokok 1.5 sen kepada 42.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 11.68 mata kepada 11,040.18, Indeks FBMT 100 menokok 11.78 mata kepada 10,756.38, dan Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 4.88 mata kepada 12,080.95. 

FBM Ace naik 1.26 mata kepada 7,106.41 dan FBM 70 menokok 28.08 mata kepada 14,386.66.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 27.94 mata kepada 14,912.04 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian tidak berubah pada 186.83, manakala Indeks Perladangan turun 20.67 mata kepada 6,196.66.

— BERNAMA 

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In