KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia berjaya mempertahankan keuntungan yang dicatatkan pagi ini untuk mengakhiri sesi dagangan awal lebih tinggi, disokong oleh aktiviti belian berterusan yang membabitkan saham bermodal sederhana dan rendah.
Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ialah 0.29 peratus atau 4.53 mata lebih baik pada 1,517.42 daripada 1,512.89 pada penutupan urus niaga semalam (Isnin).
Indeks utama dibuka 0.94 mata lebih kukuh pada 1,513.83 dan berlegar antara 1,513.54 dan 1,520.03 sepanjang sesi.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 413 berbalas 390 sementara 454 kaunter tidak berubah, 971 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 2.44 bilion unit bernilai RM1.20 bilion.
Menurut Maybank IB Research, FBMKLCI dijangka bergerak tidak menentu dalam tempoh terdekat ini.
Dari sudut teknikal, indeks penanda aras adalah dalam lingkungan 1,500 dan 1,530 hari ini dengan sokongan pada 1,495 dan 1,450.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM8.10, Public Bank dan IHH masing-masing tidak berubah pada RM4.08 dan RM5.64, Petronas Chemicals meningkat tiga sen kepada RM8.07 dan TNB turun satu sen kepada RM9.67.
Bagi saham aktif, Pasukhas naik 5.5 sen kepada 34.5 sen dan Vsolar tidak berubah pada 1.5 sen.
Sementara itu, saham Ramssol Group yang mula didagangkan di Pasaran Ace, naik 6.5 sen kepada 51.5 sen.
Harga saham penyedia penyelesaian pengurusan modal insan dan teknologi itu dibuka pada 70 sen, meningkat 55.6 peratus berbanding harga penawaran awam awal 45 sen.
Saham paling untung adalah Genetec yang mengukuh RM2.26 kepada RM18.96 berserta Hartalega dan Y&G masing-masing meningkat 26 sen kepada RM7.12 dan RM1.34.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 32.88 mata pada 11,036.58, Indeks FBMT 100 menambah 33.45 mata kepada 10,755.10, dan Indeks FBM Emas Syariah mengukuhkan 52.48 mata kepada 12,061.98.
FBM ACE mengembang 81.25 mata kepada 7,103.84 dan FBM 70 meningkat 49.84 mata kepada 14,272.08.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 14.54 mata kepada 14,949.09, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.63 mata kepada 186.43, sementara Indeks Perladangan turun 4.17 mata kepada 6,237.85.
— BERNAMA

