• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kumpulan H&L High-Tech Di Peringkat Akhir Rundingan Pembelian Pelaburan Hartanah

in Catalyst
A A
Kumpulan H&L High-Tech Di Peringkat Akhir Rundingan Pembelian Pelaburan Hartanah
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) — Kumpulan H&L High-Tech Bhd kini di peringkat akhir rundingan untuk pembelian pelaburan hartanah bernilai kira-kira RM13.88 juta.

High-Tech berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan Bursa Malaysia Securities Bhd terhadap aktiviti pasaran luar biasa (UMA) mengenai lonjakan harga dan volum sahamnya baru-baru ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu menambah bahawa mereka sedang meninjau potensi pembangunan hartanah dalam bank tanah sedia ada yang dimiliki oleh anak syarikatnya.

“Kumpulan tetap mencari peluang untuk meningkatkan pendapatan dan memperkukuhkan kedudukan kewangannya,” kata High-Tech.

Ia menambah bahawa pengumuman akan dibuat sesuai dengan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities sekiranya terdapat perkembangan berhubung perkara seperti itu.

“Selain itu, kami tidak mengetahui sebarang desas-desus atau laporan mengenai perniagaan dan urusan kumpulan yang mungkin menyumbang kepada aktiviti perdagangan.

“Lembaga Pengarah sedia maklum bahawa prestasi kewangan kumpulan telah meningkat,” katanya.

Pada 29 Jun, High-Tech mengumumkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM2.65 juta bagi suku kedua berakhir 30 April 2021, berbanding kerugian bersih RM656,000 pada tahun sebelumnya.

Pada dagangan tengah hari, harga sahamnya turun 24 sen kepada RM5.40, dengan 12.2 juta saham diniagakan.

— BERNAMA

Share259ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In