• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Terus Susut Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Terus Susut Pada Sesi Dagangan Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) — Aktiviti jualan yang berterusan serta kekurangan pemangkin positif di pasaran menyaksikan Bursa Malaysia meneruskan kerugiannya untuk mengakhiri sesi dagangan awal lebih rendah hari ini.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 14.31 mata kepada 1,515.84 daripada 1,530.15 pada penutupan urus niaga Rabu.

Indeks utama dibuka 4.25 mata lebih rendah pada 1,525.9 dan berlegar antara 1,513.36 dan 1,525.9 sepanjang sesi pagi hingga tengah hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 777 berbalas 162 sementara 335 kaunter tidak berubah, 914 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 2.48 bilion unit bernilai RM1.55 bilion.

Seorang peniaga berkata semua mata kini tertumpu kepada keputusan mengenai kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Digi naik tiga sen kepada RM4.16, Petronas Gas tidak berubah pada RM15.56, Maybank dan Public Bank masing-masing turun satu sen kepada RM8.05 dan RM4.07, Petronas Chemicals susut sembilan sen kepada RM8, dan TNB kerugian lima sen kepada RM9.66.

Bagi saham aktif, Advance Synergy menambah satu sen kepada 17 sen, Pelangi Publishing naik enam sen kepada 42.5 sen, Metronic meningkat setengah sen kepada 4.5 sen, Serba Dinamik turun 1.5 sen kepada 46.5 sen, Pelikan jatuh lima sen kepada 40.5 sen dan Sedania lebih rendah setengah sen kepada 90 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lemah 113.63 mata kepada 11,052.49, Indeks FBMT 100 susut 107.56 mata kepada 10,759.94, Indeks FBM Emas Syariah turun 137.86 mata kepada 12,075.86, FBM ACE kerugian 226.03 mata kepada 7,214.71 dan FBM 70 merosot 166.95 mata kepada 14,341.14.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 94.43 mata kepada 14,995.78, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 2.92 mata kepada 187.3, sementara Indeks Perladangan susut 54.83 mata kepada 6,318.11.

— BERNAMA

Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In