fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Saham Global

Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?

in Saham Global
A A
Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

Microsoft Catat Prestasi Cemerlang Q3 2025, Didorong Oleh Lonjakan AI

Pendapatan Google (Alphabet Inc) Meningkat 12%, Mengatasi Jangkaan Wall Street

Kenapa ada tiga indeks saham di Amerika Syarikat?

Di Malaysia kita hanya mempunyai satu indeks pasaran saham iaitu FBM KLCI yang terdiri daripada 30 komponen saham syarikat utama di Malaysia. Komponen saham-saham  utama ini pula akan berubah sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Disember.

Baca: FBMKLCI: Kenapa Komponennya Berubah-ubah?

Tetapi berbeza pula di Amerika Syarikat yang mempunyai tiga indeks saham utama seperti:-

  • Dow Jones Industrial Average (DJIA)
  • Standard & Poor’s 500 Index (S&P 500)
  • Nasdaq Composite Index (NASDAQ)

Jadi, apa beza ketiga-tiga indeks saham ini dan apa yang pelabur perlu tahu tentang perbezaan indeks ini?

Mari kita lihat dengan lebih terperinci tentang ketiga-tiga indeks yang ada di Wall Street ini. 

Apa Itu Dow Jones Industrial Average (DJIA)

Sumber: iStocks

Indeks Dow Jones Industrial Average (DJIA) atau lebih dikenali sebagai Dow 30 merupakan indeks pasaran saham di Amerika Syarikat yang pertama wujud dan ianya terdiri daripada 30 saham Blue Chip terbesar yang didagangkan di New York Stock Exchange (NYSE) dan pasaran saham Nasdaq.

Kebanyakan saham yang tersenarai dalam indeks ini bukan lagi terdiri daripada syarikat industri pembuatan seperti dulu. Hari ini kebanyakan saham yang menjadi komponen utama DJIA terdiri daripada pelbagai sektor keperluan seperti makanan dan minuman, teknologi dan perubatan.

Antara komponen terkini untuk indeks DJIA ini adalah seperti berikut:-

Sumber: CNBC

Komponen ini telah dikemas kini pada bulan Ogos 2020 yang lalu dan antara perubahan ketara indeks ini adalah saham syarikat seperti Pfizer, Raytheon dan ExxonMobil telah digantikan dengan saham syarikat Amgen, Honeywell dan Salesforce. 

Apa Itu Standard & Poor’s 500 Index (S&P 500)?

Sumber: iStock

Standard & Poor’s 500 (S&P 500) pula ialah indeks yang terdiri daripada 500 syarikat terbesar di Amerika Syarikat berdasarkan modal pasaran atau market capitalisation (market cap). 

Indeks ini merupakan indikator unjuran terbaik untuk pasaran saham di Amerika Syarikat kerana komponennya terdiri daripada pelbagai jenis latar belakang syarikat terbesar  di Amerika Syarikat. 

Antara contoh syarikat yang tersenarai dalam indeks S&P 500 ini adalah seperti:

Sumber: slickcharts.com

Syarikat yang berada dalam senarai  25 teratas S&P 500 ini biasanya merupakan syarikat gergasi dunia seperti Apple Inc, Microsoft Corporation, Amazon dan lain-lain seperti senarai di atas. 

Apa Itu Nasdaq Composite (NASDAQ)

Sumber: iStock

Nasdaq pula merupakan indeks pasaran saham yang menghimpunkan hampir 50% saham syarikat yang berkaitan dengan teknologi dan internet yang didagangkan di Amerika Syarikat. 

Namun saham berkaitan teknologi hanya 50% daripada keseluruhan komponen Nasdaq, selebihnya terdiri daripada beberapa sektor lain seperti sektor pengguna, penjagaan kesihatan, dan kewangan. 

Antara contoh saham yang tersenarai di Nasdaq Composite adalah seperti berikut:-

Sumber: iStock

Setakat 15 Mac 2020, komponen yang membentuk papan dagangan Nasdaq Composite Index terdiri daripada:-

  • Sektor teknologi 48.39%,
  • Sektor perkhidmatan pengguna 19.43% ,
  • Sektor penjagaan kesihatan 10.21%,
  • Sektor kewangan 7.21%

Selebihnya pula adalah terdiri daripada sektor industri, barangan pengguna, utiliti dan lain-lain. 

Selepas sudah faham tentang ketiga-tiga indeks di pasaran Wall Street ini, lebih mudah untuk kita sebagai pelabur membuat kajian saham-saham yang didagangkan di Wall Street dari segi fundamental dan juga teknikal. 

Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?

Dah mula melabur dalam pasaran US? 

Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?

Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?

Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.

E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.

Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Share1236ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Microsoft Catat Prestasi Cemerlang Q3 2025, Didorong Oleh Lonjakan AI
Saham Global

Microsoft Catat Prestasi Cemerlang Q3 2025, Didorong Oleh Lonjakan AI

2 weeks ago
Pendapatan Google (Alphabet Inc) Meningkat 12%, Mengatasi Jangkaan Wall Street
Saham Global

Pendapatan Google (Alphabet Inc) Meningkat 12%, Mengatasi Jangkaan Wall Street

3 weeks ago
Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS
Berita

Trump Ugut Kenakan Cukai 100% Jika TSMC Tak Bina Kilang di AS

1 month ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In