• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, July 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Rubberex Cadang Tawaran Saham Persendirian RM78 Juta Untuk Bina Kilang

in Market Update
A A
Keuntungan Bersih Rubberex Meningkat Kepada RM39.52 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) — Rubberex Corporation (M) Bhd telah mencadangkan pelaksanaan tawaran saham persendiriannya untuk mengumpul kira-kira RM78 juta bagi pembangunan kilang pengeluaran sarung tangan pakai buang nitril di Perak. 

Pengeluar sarung tangan getah itu berkata cadangan itu akan melibatkan terbitan sehingga 83.23 juta saham baharu, yang mewakili kira-kira 10 peratus saham terbitan sedia ada pada harga terbitan yang akan ditentukan kemudian. 

“Sebagai contoh, dengan andaian penempatan saham ini diterbitkan pada harga terbitan sebanyak 94.5 sen sesaham, tawaran saham pensendirian ini akan mengumpulkan hasil kasar kira-kira RM78.65 juta,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Daripada jumlah hasil berkenaan, lebih kurang RM69 juta akan digunakan untuk membiayai sebahagian daripada pengambilalihan, pemasangan dan pentauliahan 28 barisan pengeluaran baharu. 

Kira-kira RM9 juta daripada hasil akan dipakai sebagai keperluan modal kerja operasi harian dan baki RM520,000 lagi akan digunakan untuk anggaran perbelanjaan, seperti yuran yang perlu dibayar kepada pihak berkuasa yang berkaitan termasuk yuran perundingan dan penempatan, katanya.

Pada 22 Jan 2021, Rubberex menyelesaikan pengambilalihan dua petak tanah pegangan pajak seluas 4.82 hektar di Lahat, Perak untuk pembinaan kilang pengeluaran sarung tangan pakai buang nitril ketiganya, yang akan menempatkan sehingga 28 barisan pengeluaran “double-formers”. 

Walaupun pembinaan kilang baharu ini masih belum dimulakan, syarikat berhasrat untuk mentauliahkan kesemua barisan pengeluarannya secara berperingkat dalam tempoh 24 bulan akan datang, dengan 14 barisan pertama dijangka ditauliahkan menjelang separuh pertama 2022 dan baki 14 lagi menjelang separuh kedua 2022.

Kilang baharu ini dijangka akan meningkatkan kapasiti pengeluaran sarung tangan kumpulan dengan tambahan 7.5 bilion hingga 10.0 bilion keping setiap tahun berbanding kapasiti semasa sebanyak 2.5 bilion keping setahun. 

“Lembaga pengarah optimis bahawa pertumbuhan perniagaan keseluruhan kumpulan akan kekal kukuh berikutan prospek positif bagi industri sarung tangan,” katanya.

— BERNAMA

Share235ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In