• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, July 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

IPO Nestcon Catat Lebihan Langganan 57 Kali

in Market Update
A A
IPO Nestcon Catat Lebihan Langganan 57 Kali
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) — Nestcon Bhd, yang dijadualkan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 29 Jun 2021, menyaksikan bahagian awam tawaran awam permulaannya (IPO) mencatatkan lebihan langganan sebanyak 57.13 kali.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat pembinaan itu berkata penyenaraiannya merangkumi terbitan awam sebanyak 160.96 juta saham biasa baharu pada harga terbitan RM0.28 sesaham, mewakili 25 peratus daripada modal sahamnya yang diperbesar.

Langkah IPO itu dijangka meraih hasil kira-kira RM45 juta, bersama dengan tawaran untuk jualan lebih 32 juta saham sedia ada.

“Nestcon telah menerima sebanyak 22,673 permohonan untuk 1.87 bilion saham dengan nilai RM524 juta daripada rakyat Malaysia untuk 32.19 juta saham, mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 57.13 kali,” katanya.

Katanya sebanyak 32.19 juta saham untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak telah dilanggan sepenuhnya.

“Tawaran saham persendirian sebanyak 16.10 juta saham untuk pelabur terpilih, bersama dengan 80.48 juta saham untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, juga telah diterbitkan sepenuhnya,” menurut kumpulan itu.

Katanya tawaran untuk jualan sebanyak 32.19 juta saham sedia ada juga telah diterima sepenuhnya, sambil menambah pemberitahuan peruntukan akan dihantar kepada semua pemohon yang berjaya pada atau sebelum 28 Jun.

Pengarah Urusan Nestcon Datuk Lim Jee Gin berkata kumpulan yakin mengenai trajektori pertumbuhannya, disokong oleh nilai perolehan kontrak belum dijelaskan yang kukuh sebanyak RM1.2 bilion yang akan mengekalkan aliran pendapatannya dalam tempoh tiga tahun akan datang.

“Kami menjangka akan mencatatkan keputusan yang memuaskan bagi 2021. Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah prospek pertumbuhan pendapatan masa depan kami selepas 2021, yang kami berharap dapat memberikan kegembiraan kepada pemegang saham kami,” katanya.

Lim berkata Nestcon telah mengemukakan tender untuk 51 projek bernilai RM2.8 bilion — kontrak yang ditender untuk syarikat pada paras tertinggi sepanjang masa — iaitu 66 peratus untuk segmen kejuruteraan awam dan infrastruktur manakala bakinya untuk segmen pembinaan bangunan.

Selepas penyenaraian di Pasaran ACE, Nestcon akan mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM180.27 juta, berdasarkan harga terbitan sebanyak RM0.28 dan modal saham diperbesar sebanyak 643.82 juta saham.

— BERNAMA

Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In