• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi Dengan Kegiatan Belian Berterusan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi Dengan Kegiatan Belian Berterusan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, dirangsang oleh sokongan belian berterusan bagi sektor penjagaan kesihatan dan perladangan di tengah-tengah sentimen berhati-hati pasaran serantau, kata para peniaga.

Ketika urus niaga berhenti rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 8.34 mata kepada 1,583.50 daripada penutupan Jumaat minggu lepas pada paras 1,575.16.

Indeks utama dibuka 7.30 mata lebih tinggi pada 1,582.46 hari ini dan berlegar antara 1,578.20 dan 1,587.47 sepanjang sesi pagi.

Pergerakan harga di pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 459 berbalas 411 manakala 431 kaunter tidak berubah, 853 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.14 bilion unit bernilai RM1.73 bilion.

Menurut Kenanga Research untuk hari-hari urus niaga berikutnya, para pelabur akan memberi perhatian kepada hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) yang akan berlangsung pada hari Selasa dan Rabu di celah-celah kebimbangan terhadap tekanan peningkatan inflasi yang mungkin menyebabkan penggubal dasar teragak-agak untuk menaikkan kadar faedah lebih cepat daripada jangkaan.

“Di pasaran domestik pula, para pelabur tidak sabar menantikan pengumuman yang akan dibuat minggu ini oleh Serba Dinamik,” katanya.

“Dan menjelang akhir minggu pula, mungkin terdapat beberapa aktiviti penyeimbangan portfolio oleh dana berkaitan indeks dengan kajian separuh tahunan Siri Indeks FBM bagi bulan Jun akan bermula selepas pasaran ditutup Jumaat ini,” katanya dalam satu nota hari ini.

Selepas tinjauan itu dilakukan, Kenanga Research menyatakan MR DIY Group akan menggantikan Supermax Corporation sebagai konstituen indeks FBMKLCI.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan TNB masing-masing menambah 6.0 sen kepada RM8.24 dan RM10, Public Bank naik 2.0 sen kepada RM4.23, IHH Healthcare meningkat 3.0 sen kepada RM5.51 sementara Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.08.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik, Priceworth International dan Focus Dynamics masing-masing turun setengah sen kepada 55.5 sen, 1.5 sen dan 3.5 sen, sementara KNM naik 1.0 sen kepada 19 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 60.47 mata kepada 11,563.66, Indeks FBMT 100 naik 59.14 mata kepada 11,246.30, tetapi FBM ACE susut 32.81 mata kepada 7,610.26.

Indeks FBM Emas Syariah pula menokok 72.26 mata kepada 12,708.59 sementara FBM 70 lebih tinggi 78.51 mata kepada 15,012.94.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 74.18 mata kepada 15,326.96, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.73 mata kepada 193.06 dan Indeks Perladangan mengukuh 8.03 mata kepada 6,707.52.

– BERNAMA

Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In