Di Malaysia bukan sahaja Menteri dan golongan kayangan sahaja dibuka kertas siasatan. Baru-baru ini Securities Commission (SC) Malaysia juga membuka kertas siasatan tentang perakaunan kewangan daripada syarikat di bawah Datuk Dr. Mohd Abdul Karim Abdullah, Serba Dinamik berikutan terdapat perbezaan pendapat di antara syarikat ini dan auditor mereka, KPMG Malaysia.
Ketiga-tiga nama ini tidak asing lagi buat trader di luar sana. Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah merupakan Chief Executive Officer (CEO) kepada syarikat Serba Dinamik yang juga merupakan pemegang saham untuk syarikat fabrik KPower Bhd (32%) dan juga Sarawak Consolidated Industries Bhd, SCIB (37%).
Serba Dinamik telah ditubuhkan pada tahun 1993, dengan mempunyai anak syarikat yang mengedalikan tenaga minyak dan gas pada peringkat antarabangsa. Operasi mereka termasuklah di Indonesia, Bahrain, United Arab Emirates, Singapura, India dan United Kingdom. Mereka juga terlibat dalam industry petrokimia, penjanaan tenaga dan utiliti air.
Mereka telah berada di Bursa Malaysia selama 5 tahun sejak awal tahun 2017. Dalam industri minyak dan gas, mereka menyediakan servis MRO (maintenance, repair and operation supplies) alatan seperti turbin gas dan stim, enjin, motor, pam, compressor dan kipas industri. Selain itu, bisnes utama mereka adalah Engineering, Procurement, Construction Dan Commissioning (EPCC), IT Solutions and Education & Training.
KPMG Malaysia pula merupakan syarikat yang menyediakan servis profesional untuk audit, cukai dan servis nasihat untuk perakaunan syarikat.
Pihak SC telah memulakan siasatan ke atas perakaunan Serba Dinamik semenjak minggu lepas setelah KPMG sendiri telah mengeluarkan isu tentang perakaunan mereka. Dalam persoalan yang diajukan kepada Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah tentang isu yang dikeluarkan oleh KPMG, beliau menyatakan ketidakpuashatian terhadap isu ini.
Ini tidak adil, kami telah telus dengan Bursa Malaysia, pemegang saham kami menjalankan tanggungjawab. KPMG telah menjadi auditor kami selama 7 tahun, tapi kenapa sekarang baru mengeluarkan isu ini? Saya percaya syarikat ini mempunyai fundamental yang baik dan kami akan keluar daripada isu ini.
Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah
Pada Jumaat yang lalu, Serba Dinamik telah mengadakan mesyuarat tergempar. Mereka telah merancang untuk menukarkan KPMG kepada BDO sebagai auditor terbaharu mereka. KPMG telah mempersoalkan transaksi jualan, penghutangan akaun dan jumlah baki bahan serta alatan mereka. Dalam beberapa pembelian dan pembayaran dengan pembekal yang mempunyai alamat yang sama, Serba Dinamik dikatakan membuat transaksi dalam anggaran RM60 juta sehingga RM96 juta dengan hanya membayar kapital sebanyak RM100,000.
Jumlah terakhir transaksi ini berjumlah sehingga RM481 juta.
Dalam isu ini, Serba Dinamik mengatakan KPMG gagal untuk mencari transaksi bersama pelanggan dan pembekal untuk negara Bahrain kerana KPMG telah meletakkan alamat yang salah. Transaksi jualan ini berjumlah USD101 juta dan baki perhutangan akaun sebanyak USD24 juta.
Isu salah alamat ini juga berlaku untuk baki perhutangan akaun dan transaksi jualan untuk sebuah syarikat teknologi maklumat. Dengan berita yang agak mengejutkan untuk sesetengah pengurusan dana dan pengkaji, kebanyakan syarikat yang berkaitan dengan tenaga minyak dan gas telah lama mempersoalkan tentang margin keuntungan Serba Dinamik. Hal ini kerana margin mereka agak tinggi daripada standard industri minyak dan gas yang biasa.
Harga saham mereka telah meningkat secara konsisten lebih daripada 120% semenjak IPO. Pada hari ini, market capitalization syarikat ini adalah sekitar RM6 bilion, menjadikan mereka antara syarikat sektor minyak dan gas yang banyak didagangkan selepas Petronas dan Dialog Group Bhd.
Untuk perspektif yang lebih besar, Serba Dinamik pada tahun kewangan 2020 telah melaburkan 75% daripada order book mereka untuk projek antarabangsa sebanyak RM18.7 bilion dan juga 69% daripada keuntungan tahun kewangan 2020. Terbaharu, mereka telah menaja Syarikat Data Knight Acquisition Corp, sebuah syarikat pemerolehan data yang merupakan salah satu syarikat yang tersenarai di pasaran saham Nasdaq.
Pelaburan yang dilakukan adalah sebanyak USD5.85 juta bersamaan dengan RM24.2 juta dan dijangkakan pelaburan tersebut akan ditingkatkan kepada USD15 juta. Sesetengah pihak ada mengatakan bahawa perkara ini berlaku akibat pelaburan Serba Dinamik dengan nilai yang besar telah meletakkan mereka dalam perhatian orang ramai dan menyebabkan banyak persoalan yang timbul terhadap tahap kewangan mereka.
Tambahan pula, Datuk Awang Daud Awang Putera yang merupakan Non-Independent Non-Executive Director untuk Serba Dinamik telah berhenti menjadi sebahagian pemegang saham mereka. Di samping itu, pada tahun lalu Serba Dinamik telah menerima kontrak turnkey yang bernilai RM7.7 bilion di Abu Dhabi daripada Block 7 Investments LLC.
Dengan pemberhentian pemegang saham daripada pegawai atasan dan penerimaan kontrak juga telah meletakkan Serba Dinamik di tengah-tengah spotlight untuk pelbagai pihak mempersoalkan status mereka.
Melihatkan status margin keuntungan Serba Dinamik, margin bersih mereka daripada FY2017, FY2018 dan FY2019, mereka telah mencapai sebanyak, 11.3%, 11.9% dan 11% yang mana peratusan tersebut dikatakan agak tinggi berbanding syarikat lain yang sering mendapat margin bersih sebanyak satu angka. Dalam isu ini, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah menyatakan bahawa tidak adil untuk penganalisa membandingkan margin mereka bersama syarikat lain. Beliau berkata lagi:
Untuk Serba Dinamik, margin kami tinggi kerana kami menjalankan kerja secara spesifik dan tertumpu. Lagi pula, kontrak yang diperolehi adalah di antara dua ke tiga tahun dan kami akan menambah pemohonan kontrak baru serta menggunakan Artificial Intellingence (AI).
Lebih menjadi tanda kepada orang ramai adalah apabila Serba Dinamik mengambil tindakan pada awal Mei untuk menukarkan tahun kewangan syarikat tersebut daripada 30 Disember 2020 kepada 31 Jun 2021. Sesetengah pengkaji merasakan bahawa membuat perubahan sebegini mungkin ada sedikit menimbulkan tanda tanya.
Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah sewaktu ditanya mengenai perkara penukaran tarikh ini, beliau berkata,
Ini adalah kerana pandemik Covid-19 dan kami beroperasi untuk lebih daripada 20 negara. Jadinya kami perlukan masa yang lebih untuk menguruskan hal tersebut.
Kita dapat lihat sendiri isu-isu sebegini akan memberikan kesan kepada harga saham mereka. Walaupun kesannya tidaklah besar sangat.
Sebagai seorang trader, kita kena mempunyai mata helang yang mampu melihat news dan menjangkakan bagaimana berita-berita tersebut memberi kesan kepada syarikat-syarikat yang ada di Bursa Malaysia. Lagi-lagi pada ekonomi dunia sekarang yang tidak stabil dengan pandemik yang berlaku menjadikan mana-mana saham agak volatile.
Dengan catalyst yang ada, selain daripada memahami technical analysis, para pedagang dan pelabur perlu lebih cakna dan peka dengan berita yang berkaitan dengan ekonomi.
Dapatkan Ilmu Asas Dalam Pelaburan Saham
Adakah anda seorang yang:
✅ Tiada asas pelaburan saham
✅ Nak mula melabur saham tapi kurang yakin
✅ Dah pernah belajar tentang saham, tapi dah lupa ilmu di kelas sebelum ini
✅ Belum jumpa teknik yang sesuai dengan diri
✅ Tidak tahu masa terbaik untuk beli saham
✅ Tidak faham membaca chart
✅ Tiada panduan dalam melabur saham
Jika ANDA tergolong dalam salah satu daripada perkara di atas, jangan risau!
Webinar Senang Saham 3.0 dapat membantu anda dengan kelas intensif selama 3 hari.
Ya! 3 hari! Belajar sampai lebam, belajar sampai jadi! Ada duit tapi tanpa ilmu, tiada gunanya.
Anda akan belajar lebih mendalam ilmu-ilmu yang wajib tahu:
ANALISIS FUNDAMENTAL
ANALISIS TEKNIKAL
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Haa! Habis kelas ni, anda tak ragu-ragu lagi!
Dapatkan seat anda sekarang, kerana ada harga promosi menanti di -> https://thekapital.my/senangsaham
Klik Webinar Saham 3.0