• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Pulih Kembali Ketika Dibuka Pagi Ini, Didorong Oleh Berita Kilang Dibenarkan Beroperasi Di Bawah PKP 3.0 Yang Lebih Ketat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah secara menyeluruh berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang sekatan pergerakan penuh di seluruh negara yang akan dilaksanakan bermula esok susulan kes COVID-19 yang tinggi.

Pada 9.02 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 23.64 mata, atau 1.48 peratus, kepada 1,570.80 daripada 1,594.44 semasa ditutup pada Jumaat.

Indeks dibuka rendah 23.4 mata kepada 1,571.04.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 740 berbanding 40, manakala 123 kaunter tidak berubah, 1,279 tidak diniagakan dan 58 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 525.94 juta unit bernilai RM184.68 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd, dalam nota, berkata saham tempatan dijangka menghadapi tekanan jualan hari ini susulan keputusan Majlis Keselamatan Negara untuk melaksanakan fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh selama dua minggu (1 Jun hingga 14 Jun) di seluruh negara.

Ini berikutan kes harian COVID-19 yang meningkat. Malaysia mencatatkan 6,999 kes baharu pada Ahad.

“Kami menjangka kecenderungan negatif dalam pasaran lebih luas berikutan sekatan pergerakan penuh. Bagaimanapun, pelabur mungkin memberi tumpuan kepada saham berkaitan vaksin atau farmaseutikal dengan program vaksinasi yang sedang dijalankan.

“Selain itu, sektor seperti teknologi dan perkapalan yang berkaitan dengan peringkat global serta berkaitan PPE akan terus beroperasi di bawah PKP penuh dan akan mendapat perhatian peniaga,” menurut firma broker itu.

Di peringkat global, pasaran saham AS meningkat berikutan Dow mencatatkan kenaikan kecil (+0.2 peratus), didorong oleh keyakinan mengenai cadangan belanjawan yang besar daripada Presiden AS Joe Biden.

Pasaran saham Eropah meningkat, manakala pasaran saham Asia ditutup kebanyakannya tinggi.

Sementara itu, Rakuten Trade Sdn Bhd menjangka indeks bergerak dalam julat 1,590-1,600 hari ini, dengan minyak mentah Brent dan minyak sawit mentah (MSM) dilihat baik, dan MSM ditutup pada purata tertinggi sepanjang masa pada Mei.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot lima sen kepada RM8.15, Public Bank susut lapan sen kepada RM4.19, PetChem berkurangan 18 sen kepada RM7.96, manakala Tenaga turun 10 sen kepada RM9.89.

Kaunter rugi lain termasuklah MPI yang merosot RM1.20 kepada RM36.00, Nestle berkurangan RM1 kepada RM135.50 dan BAT susut 54 sen kepada RM15.26.

Daripada saham aktif, Tanco tidak berubah pada 14.5 sen, Vsolar susut setengah sen kepada dua sen, manakala Kumpulan Jetson naik 2.5 sen kepada 61 sen.

Dalam perkembangan lain, dagangan saham Eka Noodles Bhd digantung hari ini selepas bursa tempatan menolak permohonannya untuk lanjutan masa bagi mengemukakan cadangan pelan penyusunan yang disemak semula.

Dalam makluman minggu lepas, pengeluar beras dan kayu sagu itu berkata Bursa Securities berpendapat syarikat tidak menunjukkan untuk ia berpuas hati mengenai sebarang perkembangan berhubung penyerahan pelan penyusunan semula kepada pihak berkuasa pengawalseliaan.

Susulan penggantungan itu, Eka Noodles akan dinyahsenarai pada 2 Jun, kecuali terdapat rayuan terhadap penyahsenaraian itu dikemukakan sebelum 28 Mei.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 217.25 mata kepada 11,361.25 dan Indeks FBMT 100 merosot 189.19 mata kepada 11,087.41.

Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 237.70 mata kepada 12,609.34, FBM 70 susut 335.27 mata kepada 14,534.38 dan FBM ACE jatuh 291.47 mata kepada 7,552.41.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 219.36 mata kepada 14,947.77, Indeks Perladangan susut 75.71 mata kepada 6,832.75 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 5.64 mata kepada 187.45.

— BERNAMA

Share227ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In