KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia naik sedikit dalam persekitaran sentimen bercampur-campur pada tengah hari ini, dengan sokongan belian dilihat dalam saham mewah terpilih berikutan laporan pendapatan korporat yang stabil yang dikeluarkan baru-baru ini.
Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.94 mata, atau 0.12 peratus kepada 1,579.76 daripada 1,577.82 semasa ditutup pada Selasa.
Indeks dibuka tinggi 1.54 mata kepada 1,579.36 dan bergerak antara 1,576.77 dan 1,586.33 sepanjang sesi pagi.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 474 berbanding 467, manakala 434 kaunter tidak berubah, 816 tidak diniagakan dan 39 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 4.19 bilion unit bernilai RM1.91 bilion.
Pasaran ditutup semalam bersempena sambutan Hari Wesak dan dagangan disambung semula hari ini.
Axiata muncul sebagai kaunter paling untung dalam kalangan 30 kaunter FBM KLCI, yang naik 10 sen kepada RM3.60; diikuti Hap Seng Consolidated meningkat 36 sen kepada RM8.26 dan Petronas Chemicals menambah enam sen kepada RM8.06.
Public Bank naik dua sen kepada RM4.19 dan Petronas Gas menambah 18 sen kepada RM16.16.
Privasia kekal sebagai saham yang paling dicari pada tengah hari ini, naik lapan sen kepada 34 sen.
Kaunter lain yang paling aktif diniagakan termasuklah Progressive Impact meningkat empat sen kepada 23 sen, DGB Asia menambah satu sen kepada tujuh sen, waran Kejuruteraan Asastera naik 2.5 sen kepada sembilan sen dan SC Estate tidak berubah pada 10 sen.
Senarai kaunter paling untung diterajui oleh kaunter pengguna, iaitu F&N yang naik RM1.06 kepada RM26.84, Carlsberg meningkat 74 sen kepada RM22.34 dan Nestle menambah 60 sen kepada RM135.90.
Kaunter lain termasuklah BLD Plantation naik 41 sen kepada RM9.42 dan Pharmaniaga meningkat 34 sen kepada RM4.79.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 13.74 mata kepada 11,506.04 dan Indeks FBMT 100 menambah 13.56 mata kepada 11,195.51.
Indeks FBM Emas Shariah naik 2.49 mata kepada 12,789.75, FBM 70 meningkat 17.31 mata kepada 14,851.35 dan FBM ACE menambah 106.64 mata kepada 7,956.37.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 50.88 mata kepada 14,944.87, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.56 mata kepada 192.62 manakala Indeks Perladangan susut 26.83 mata kepada 6,913.39.
— BERNAMA

