• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Teruskan Kerugian Untuk Dibuka Lemah Pagi Ini

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan kerugian yang dicatatkan semalam untuk dibuka lemah pagi ini dengan sentimen pelabur secara keseluruhan kekal berhati-hati menjelang pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) lewat hari ini.

Pada jam 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 5.13 mata kepada 1,570.54 daripada 1,575.67 pada penutupan urus niaga petang Rabu.

Indeks utama dibuka 3.58 lebih rendah pada 1,572.09.

Di pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi untung 321 berbanding 165 sementara 297 kaunter tidak berubah, 1,373 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 470.74 juta saham bernilai RM332.50 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pasaran secara meluas mungkin terus stabil berikutan kebimbangan mengenai peluasan perintah kawalan pergerakan (MCO 3.0) ke beberapa daerah di Johor, Perak dan Terengganu yang dijangka mengurangkan minat belian hari ini.

Katanya, pelabur akan turut memantau pengumuman OPR oleh Bank Negara Malaysia (BNM), yang mana ramai penganalisis menjangkakan BNM akan mengekalkan kadar faedah pada 1.75 peratus pada mesyuarat ketiganya lewat hari ini.

“Selain itu, kerajaan telah melancarkan rangsangan Jaringan Prihatin bernilai RM3.5 bilion untuk membantu langganan pelan data dan pembelian peranti mudah alih.

“Bagi komoditi pula, harga minyak telah meningkat, didorong oleh permintaan bahan bakar yang lebih tinggi di tengah-tengah pelonggaran sekatan pergerakan di AS dan sebahagian Eropah pada musim panas,” tambahnya.

Firma penyelidikan itu menjangkakan pelancaran Jaringan Prihatin dapat memberi sinar kepada sektor telekomunikasi.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.22, Public Bank turun satu sen kepada RM4.10 dan PetChem tidak berubah pada RM8.16.

Bagi saham aktif pula, Tanco menokok satu sen kepada 10 sen, KTG naik setengah sen kepada 22.5 sen, Dataprep meningkat 22 sen kepada RM2.17 dan Saudee lebih tinggi tiga sen kepada 22.5 sen.

Daripada kaunter untung, Widetech naik 32 sen kepada RM1.30, F&N dan KLK masing-masing menambah 16 sen kepada RM29.18 dan RM21.76.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 41.20 mata pada 11,563.64, Indeks FBM Emas Syariah susut 64.71 mata kepada 12,941.18, Indeks FBMT 100 merosot 38.96 mata kepada 11,217.44, FBM 70 menguncup 61.84 mata kepada 15,219.77 dan FBM ACE kehilangan 64.97 mata kepada 8,404.97.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.30 mata kepada 197.99, Indeks Perladangan naik 9.40 mata kepada 6,926.25 sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 9.14 mata kepada 14,765.30.

– BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In