KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) — Bursa Malaysia terus berada dalam kerugian pada sesi dagangan tengah hari berikutan kegiatan penjualan berterusan membabitkan kaunter berkaitan penjagaan kesihatan, didahului oleh Supermax.
Pada tengah hari indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 11.12 mata kepada 1,564.55 daripada 1,575.67 pada penutupan semalam.
Indeks utama itu dibuka 3.58 mata lebih lemah pada 1,572.09 dan bergerak antara 1,556.0 dan 1,573.68 sepanjang sesi urus niaga pagi.
Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 876 berbalas 212 manakala 363 kaunter tidak berubah, 705 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 3.96 bilion saham bernilai RM2.70 bilion.
Bagaimanapun, kerugian dihadkan oleh kenaikan dalam indeks kaunter utama, Maybank yang naik satu sen kepada RM8.22.
Menurut JF Apex, prestasi pasaran yang lebih lemah disebabkan oleh kebimbangan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) yang telah diperluaskan.
“Berikutan prestasi yang kurang memberangsangkan dan pengumuman PKP, FBM KLCI terus tertekan dan akan diuji semula pada paras 1,560 mata,” katanya.
Saham berkaitan penjagaan kesihatan, Supermax susut 64 sen kepada RM4.93, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai saham yang paling rugi dalam sesi ini, diikuti oleh Hartalega, merosot 53 sen kepada RM9.30, Top Glove turun 24 sen kepada RM5.08, Kossan Getah susut 20 sen kepada RM3.98, Comfort Gloves dan Careplus masing-masing lebih rendah 18 sen kepada RM2.27 dan RM2.28, dan IHH lemah tiga sen kepada RM5.17.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi yang lain, Public Bank turun dua sen kepada RM4.09, PChem menyusut lima sen kepada RM8.11, dan TNB lega dua sen kepada RM9.88.
Antara saham aktif pula, Focus Dynamics turun satu sen kepada sembilan sen, Dataprep lemah enam sen kepada RM1.89 dan Tanco menambah satu sen kepada 10 sen.
Pada papan indeks, Indeks FBM Emas turun 90.98 mata pada 11,513.86, Indeks FBM Emas Syariah menyusut 137.63 mata kepada 12,868.26, Indeks FBMT 100 jatuh 83.30 mata kepada 11,173.10, FBM 70 merosot 128.01 mata kepada 15,153.60 dan FBM ACE kehilangan 210.73 mata kepada 8,259.21.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri lebih rendah 1.52 mata kepada 196.77, Indeks Perladangan susut 22.90 mata kepada 6,893.95 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 4.11 mata kepada 14,752.05.
— BERNAMA

