• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) — Belian lewat dalam kaunter perladangan terpilih serta saham produk dan perkhidmatan pengguna berjaya membantu Bursa Malaysia meningkat daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campur hari ini, kata para peniaga. 

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.82 mata untuk ditutup pada paras tertinggi hariannya pada 1,608.50 berbanding paras penutup 1,606.68 pada Selasa.

Petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 0.16 mata kepada 1,606.52 dan bergerak sehingga paras terendah 1,597.79 semasa sesi dagangan awal.

Bagaimanapun, keseluruhan suasana pasaran kekal negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 587 berbanding 457, manakala 437 kaunter tidak berubah, 711 tidak diniagakan dan 54 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 6.59 bilion saham bernilai RM3.85 bilion daripada 7.17 bilion saham bernilai RM5.07 bilion pada Selasa.

Seorang peniaga berkata kebanyakan pelabur kekal tidak memasuki pasaran menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat lewat hari ini.

Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell dijangka mengekalkan dasar monetari yang longgar bagi tempoh yang lebih lama dan menolak sebarang cadangan mengurangkan pembelian bon.

Para pelabur menjangka kenyataan Fed akan lebih positif mengenai prospek ekonomi berbanding mesyuarat FOMC pada Mac, kata peniaga itu. 

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun meningkat 0.21 peratus kepada 29,053.97, Hang Seng China menambah 0.45 peratus kepada 29,071.34, manakala Straits Times Index Singapura menokok 0.12 peratus kepada 3,218.44.

Di bursa tempatan, Kuala Lumpur Kepong dan Genting merupakan antara kaunter untung utama, masing-masing meningkat RM1 kepada RM22.80 dan 16 sen kepada RM5.05.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi lain, Maybank susut 1.0 sen kepada RM8.25, Top Glove turun11 sen kepada RM5.67, Public Bank tidak berubah pada RM4.17 manakala Petronas Chemicals meningkat 26 sen kepada RM8.11 dan TNB meningkat 2.0 sen kepada RM10.

Dalam kalangan kaunter aktif, Focus Dynamics dan Minda Global kedua-duanya tidak berubah masing-masing pada 13 sen dan 17.5 sen, Vortex Consolidated susut 1.0 sen kepada 14 sen, manakala Sasbadi meningkat 4.5 sen kepada 24.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 7.17 mata kepada 11,840.81, FBMT 100 turun 1.09 mata kepada 11,499.03, FBM 70 berkurangan 55.81 mata kepada 15,642.20, FBM Emas Shariah jatuh 37 mata kepada 13,305.42 manakala FBM ACE berkurangan 41.48 mata kepada 8,865.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 63.38 mata kepada 6,915.92, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik sebanyak 14.64 mata kepada 14,966.48 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.91 mata kepada 198.72.

Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 3.30 bilion saham bernilai RM3.0 bilion berbanding 3.40 bilion saham bernilai RM3.53 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran turun kepada 410.39 juta unit bernilai RM36.18 juta daripada 410.41 juta unit bernilai RM47.97 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 2.87 bilion saham bernilai RM819.05 juta daripada 3.36 bilion saham bernilai RM1.49 bilion.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 614.34 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (890.72 juta), pembinaan (98.63 juta), teknologi (508.27 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (50.31 juta), hartanah (395.41 juta), perladangan (18.30 jut), REITs (5.56 juta), dana tertutup (12,300), tenaga (302.27 juta), penjagaan kesihatan (112.25 juta), telekomunikasi dan media (206.31 juta), pengangkutan dan logistik (77.82 juta) dan utiliti (19.24 juta).

— BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In