• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Susulan Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) — Bursa Malaysia susut sedikit pada awal dagangan Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung secara sederhana membabitkan kaunter produk pengguna terpilih ketika sentimen bercampur-campur menguasai pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi ini, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.254 mata kepada 1,619.23 daripada 1,623.47 pada akhir dagangan Isnin.

Indeks penanda aras itu turun 0.26 mata kepada 1,623.21 sewaktu pasaran dibuka pagi ini.

Sentimen pasaran secara amnya negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 294 berbanding 260 manakala 384 kaunter lain tidak berubah, 1,262 tidak diniagakan dan 29 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 769.23 juta saham bernilai RM490.78 juta.

Sementara itu, Malacca Securities menerusi nota penyelidikannya menjangkakan sentimen pasaran kekal berhati-hati menjelang pengumuman membabitkan sekatan pergerakan baharu susulan pandemik COVID-19.

“FBM KLCI misalnya mencatat peningkatan untuk sesi ketiga berturut-turut, sebahagiannya dipacu oleh aktiviti belian ketara dalam kaunter sarung tangan susulan peningkatan mendadak COVID-19 di beberapa negara terutamanya di India dan Brazil,” katanya.

Bagaimanapun, firma pembrokeran itu berkata momentum peningkatan saham sarung tangan tersebut akan susut apabila kes COVID-19 kembali berkurangan selain didorong oleh pelaksanaan program vaksinasi.

“Kami kekal optimis terhadap saham berkaitan pembungkusan berikutan peningkatan ketara terhadapnya serta penghantaran ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, para pelabur juga mungkin berminat terhadap saham-saham berkaitan teknologi selepas kenaikan semalaman oleh pasaran NASDAQ.

“Malah, saham pengangkutan dan logistik juga kekal menjadi tumpuan yang dipacu oleh permintaan tinggi terhadapnya,” katanya.

Nestle dan Petronas Dagangan muncul dua kaunter paling rugi di Bursa Malaysia, masing-masing merosot 80 sen dan 20 sen kepada RM135.70 dan RM20.10

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut 5.0 sen kepada RM8.31, Public Bank turun 1.0 sen kepada RM4.18, Petronas Chemicals merosot  7.0 sen kepada RM7.84 manakala TNB tidak berubah pada RM10 dan Top Glove sebaliknya naik 7.0 sen kepada RM5.97.

Bagi saham aktif, Focus Dynamics dan Kanger International masing-masing menokok 1.0 sen kepada 15.5 sen dan 8.0 sen, KTG naik setengah sen kepada 26 sen dan Hiap Teck meraih 1.5 sen kepada 55 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 23.62 mata kepada 11,914.29; FBMT 100 turun 27.16 mata kepada 11,565.42; FBM 70 rendah 24.85 mata kepada 15,692.77; FBM Emas Shariah menguncup 7.79 mata kepada 13,436.52 manakala FBM ACE naik 101.44 mata kepada 9,002.36.

Mengikut sektor pula, Indeks Perladangan susut 16.31 mata kepada 6,868.43, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 62.19 mata kepada 14,989.42 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.36 mata kepada 197.30.

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In