• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pada Sesi Awal Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan keuntungan yang diraih minggu lepas untuk dibuka tinggi pagi ini, seiring dengan sentimen positif bursa serantau yang lain.

Pada jam 9.22 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.84 mata kepada 1,610.27 berbanding 1,608.43 ketika ditutup pada urus niaga petang Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka 2.31 mata lebih tinggi pada 1,610.74.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 384 berbalas 279 sementara 363 kaunter tidak berubah, 1,171 tidak diniagakan dan 41 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 1.13 bilion saham bernilai RM597.71 juta.

Menurut Malacca Securities dalam nota penyelidikannya, indeks utama mungkin terus bergerak secara mendatar minggu ini tanpa sebarang pemangkin yang signifikan di pasaran.

“FBM KLCI mengakhiri minggu urus niaga tidak berubah di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lesu tetapi indeks minggu lepas telah disokong oleh minat belian di kaunter sarung tangan.

“Pasaran (minggu ini) mungkin memberi tumpuan kepada keputusan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS bagi mendapatkan arah tuju pelaburan seterusnya.

“Kami menjangkakan minat belian untuk saham sarung tangan akan berterusan sehingga musim pengumuman keputusan kewangan memandangkan terdapatnya kepastian untuk mencatatkan pendapatan tinggi dalam sektor ini terutama dalam situasi ketika peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia. Selain itu, pelabur mungkin memberi tumpuan kepada saham teknologi berikutan kenaikan Nasdaq,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.26, Public Bank naik satu sen kepada RM4.18, Top Glove menambah dua sen kepada RM10.02 sementara Petronas Chemicals turun dua sen kepada RM7.85 dan IHH Healthcare jatuh tiga sen kepada RM5.45.

Bagi kaunter aktif pula, Minda Global menokok 2.0 sen kepada 19 sen, Ucrest meningkat 2.5 sen kepada 50 sen, KTG lebih tinggi sebanyak 1.0 sen kepada 25.5 sen sementara Nova MSC tidak berubah pada 14 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 24.64 mata kepada 11,865.10, FBMT 100 naik 22.49 mata kepada 11,514.55, FBM 70 meningkat 66.69 mata pada 15,674.59, FBM Emas Syariah mengembang 40.97 mata kepada 13,348.66 dan FBM ACE 59.98 mata lebih baik pada 8,746.03.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 5.72 mata kepada 6,836.57, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 10.90 mata pada 14,985.13 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menambah 0.44 mata kepada 196.58.

— BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In