• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Bimbang Akan Penularan Covid-19

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) — Kebimbangan yang berterusan dalam kalangan pelabur terhadap kesan penularan COVID-19 serta harga minyak mentah yang semakin lemah menyaksikan indeks utama di Bursa Malaysia ditutup rendah petang ini.

Pasaran tempatan juga bergerak seiring dengan bursa serantau lain di tengah-tengah kebimbangan mengenai kesan COVID-19 dan ketidakpastian yang berkisar tentang permintaan untuk minyak mentah.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri urus niaga hari ini pada paras terendah sehariannya iaitu 1,596.58, menyusut 10.99 mata berbanding 1,607.57 ketika ditutup semalam.

Petunjuk pasaran itu dibuka 2.70 mata lebih tinggi pada 1,604.87 dan berlegar antara 1,605.73 dan 1,596.58 sepanjang sesi urus niaga hari ini.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 551 berbalas 509 sementara 443 kaunter tidak berubah, 663 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 8.68 bilion saham bernilai RM4.40 bilion daripada 8.16 bilion saham bernilai RM4.08 bilion pada urus niaga Selasa.

Menurut ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim, India melaporkan jumlah kematian harian COVID-19 terburuk pada Selasa, dengan sebahagian besar negara itu kini diletakkan di bawah perintah berkurung dan ini telah mencetuskan kebimbangan terhadap trajektori ekonomi global tahun ini.

“Selain itu, gelombang baharu kes COVID-19 di Jepun telah meningkat dan kemungkinan Tokyo, Osaka dan kawasan sekitarnya juga akan dikenakan perintah berkurung.

“Secara keseluruhan, ini telah mengatasi keyakinan kadar vaksinasi di AS, United Kingdom dan Eropah,” kata Adam kepada Bernama sambil menambah situasi ini turut menimbulkan kegelisahan di pasaran minyak.

Beliau menambah kebimbangan terhadap permintaan minyak telah melemahkan harga minyak mentah dan seterusnya menyebabkan indeks Tenaga Bursa Malaysia jatuh sebanyak 1.7 peratus, kerugian terbesar dalam kalangan indeks sektoral.

Kebanyakan kaunter berwajaran tinggi berada dalam kerugian dengan hanya kaunter sarung tangan di zon positif, didorong oleh keyakinan bahawa permintaan untuk sarung tangan getah akan berterusan terutama di tengah-tengah peningkatan kes COVID-19.

Kaunter telekomunikasi mendahului kaunter yang mencatatkan kerugian dengan Axiata turun 19 sen kepada RM3.81, Maxis menyusut 10 sen kepada RM4.68, Digi jatuh lima sen kepada RM4.20 dan TM lebih rendah sebanyak 11 sen kepada RM5.83.

CIMB menyusut tujuh sen kepada RM4.22, Sime Darby Plantations turun lapan sen kepada RM4.43 dan Petronas Chemicals jatuh enam sen pada RM7.79.

Top Glove meningkat lima sen kepada RM5.45, Supermax menambah 14 sen kepada RM5.54 dan Hartalega melonjak 25 sen kepada RM10.02.

Dalam kalangan kaunter aktif, Key Asic menokok setengah sen kepada 21 sen, Ucrest turun 11 sen kepada 48.5 sen, SC Estate Builder rugi 2.5 sen kepada 10 sen dan Censof jatuh dua sen kepada 46 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 70.01 mata kepada 11,755.12, FBMT 100 turun 75.78 mata kepada 11,410.77 sementara FBM 70 lebih rendah 92.47 mata kepada 15,510.45.

FBM Emas Syariah pula merosot 79.49 mata kepada 13,152.59 dan FBM ACE berkurangan 66.58 mata pada 8,526.08.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 62 mata kepada 6,818.03, Indeks Perkhidmatan Kewangan kerugian 81.73 mata kepada 15,011.42 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.32 mata pada 194.76.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 5.03 bilion saham bernilai RM3.35 bilion berbanding 4.42 bilion saham bernilai RM2.81 bilion pada hari Selasa.

Perolehan waran meningkat kepada 364.98 juta unit bernilai RM49.19 juta daripada 307.88 juta unit bernilai RM36.56 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE merosot kepada 3.29 bilion saham bernilai RM1 bilion daripada 3.44 bilion saham bernilai RM1.23 bilion semalam.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 710.36 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.17 bilion), pembinaan (169.41 juta), teknologi (1.89 bilion), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (44.14 juta), hartanah ( 296.77 juta), perladangan (32.17 juta), REIT (4.71 juta), dana tertutup (15,000), tenaga (263.74 juta), penjagaan kesihatan (102.71 juta), telekomunikasi dan media (184.81 juta), pengangkutan dan logistik (121.68 juta) dan utiliti (35.52 juta).

— BERNAMA

Share355ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In