• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Di Bursa Malaysia Menyusut Ketika Dibuka Pada Sesi Urus Niaga Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) —  Dagangan di Bursa Malaysia yang mencatatkan peningkatan selama tiga hari berturut-turut minggu lepas, mempamerkan sentimen menurun pagi ini di tengah-tengah kelemahan harga minyak mentah dan sentimen berhati-hati berikutan peningkatan ketara COVID-19.

Pada jam 9.05 pagi, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 3.5 mata kepada 1,604.88 berbanding 1,608.38 pada penutupan urus niaga Jumaat minggu lepas.

Indeks barometer dibuka 0.27 mata lebih lemah pada 1,608.11.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan tidak bermaya dengan kaunter rugi mengatasi untung 270 berbalas 200 sementara 350 kaunter tidak berubah, 1,339 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 406.58 juta saham bernilai RM200.76 juta.

Menurut Malacca Securities, pergerakan di bursa tempatan mungkin terus bergerak secara mendatar kerana pelabur masih lagi was-was dengan kemajuan program vaksinasi sementara lonjakan dalam jumlah harian kes yang disahkan COVID-19 baru-baru ini, boleh menjejaskan ekonomi.

Bagaimanapun, ia yakin kaunter perladangan akan menjadi tumpuan lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM).

Harga MSM melonjak kembali melebihi RM3,700 satu tan.

“Selain itu, kami turut menjangkakan kemunculan minat belian untuk saham berpendapatan tinggi seperti pengguna, pembungkusan dan hartanah.

“Pada masa sama, sektor teknologi terus menjadi fokus dengan Nasdaq masih disokong melepasi tahap 14,000,” katanya dalam nota catatan hari ini.

Pasaran saham AS mengakhiri dagangan hari Jumaat dengan catatan positif, menyaksikan Dow meningkat 0.48 peratus kepada 34,200.67, S&P 500 memperoleh 0.36 peratus menjadi 4,185.47 dan Nasdaq naik 0.10 peratus kepada 14,052.34.

Di pasaran tempatan, saham berwajaran tinggi Press Metal turun satu sen kepada RM5.39, Top Glove susut tujuh sen kepada RM5.50 dan PetChem lebih rendah enam sen kepada RM7.87.

IHH jatuh lima sen pada RM5.34 sementara Digi menyusut empat sen kepada RM4.21.

Sebaliknya, Axiata menokok tiga sen kepada RM3.83 dan Hap Seng meningkat sembilan sen kepada RM8.36.

Dalam kalangan kaunter aktif, Fintec Global dan XOX masing-masing tidak berubah pada lima sen dan enam sen.

Bina Puri meningkat satu sen kepada 10 sen dan Ucrest naik tiga sen kepada 38 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lega 9.63 mata pada 11,841.15, FBM Emas Syariah susut 7.54 mata kepada 13,267.90 dan FBMT 100 turun 19.34 mata kepada 11,484.23.

FBM 70 merosot 4.22 mata kepada 15,664.95 dan FBM ACE turun 15.68 mata kepada 8,581.67.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 0.83 mata menjadi 6,879,22 tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 6.71 mata kepada 15,081.87 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.14 mata kepada 196.97.

– BERNAMA

Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In