• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Public Investment Optimis Dengan Prospek Jangka Panjang Johore Tin Bhd

in Market Update
A A
Public Investment Optimis Dengan Prospek Jangka Panjang Johore Tin Bhd
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) — Public Investment Bank Bhd optimis dengan prospek jangka panjang Johore Tin Bhd (JTB), dipacu terutama oleh sumbangan akan datang daripada operasi di Mexico yang membolehkannya memanfaatkan pasaran Amerika Utara.

Bank pelaburan itu menjelaskan semasa taklimat pelabur secara maya oleh JTB pada Isnin, pengurusan syarikat memaklumkan bahawa permintaan untuk produk tenusu kekal kukuh, dengan pesanan bernilai kira-kira tiga bulan telah diperoleh.

JTB merupakan syarikat pegangan pelaburan. Ia, menerusi anak syarikatnya, menumpukan pengeluaran tin timah dan berkembang ke dalam industri makanan dan minuman melalui pengeluaran susu pekat, susu sejat dan produk tenusu lain.

“Walaupun berlaku kelewatan pengoperasian barisan produk tenusu dalam syarikat usaha sama Mexico disebabkan sekatan perjalanan yang berkaitan dengan pandemik COVID-19, kami masih positif terhadap prospek jangka panjang JTB,” menurut Public Investment dalam nota penyelidikan pada Selasa.

Ia menambah kilang Mexico pada awalnya dijadualkan siap pada separuh pertama 2021 dan sedikit kelewatan bagi pengoperasiannya menjejaskan ujian formulasi.

“Kami sedia maklum bahawa pengurusan menyasar untuk memulakan pengeluaran dalam tiga hingga enam bulan akan datang.

“Kami memahami syarikat itu telah menyelesaikan pemasangan barisan pengeluaran susu pekat dan kini sedang melakukan percubaan, selain melakukan ujian produk untuk memuktamadkan formulasi produk,” jelasnya.

Bank pelaburan itu menjelaskan memandangkan terdapat pelbagai perjanjian perdagangan bebas (FTA) di antara Mexico dengan negara-negara asing lain, ia percaya prospek pertumbuhan tetap menarik kerana FTA akan membolehkan JTB menembusi negara-negara tersebut untuk memperoleh pesanan baharu, yang dijangka meningkatkan kadar penggunaan kilang secara berperingkat.

JHB juga terus menumpukan kecekapan operasi untuk meningkatkan margin, jelasnya.

“Kami memahami syarikat itu akan terus memperkemas proses pembuatan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan operasi.

“Di samping itu, ia juga terlibat secara aktif dalam analisis pemerolehan dalaman dan merancang untuk mendapatkan sumber daripada beberapa pembekal bagi kualiti dan kos lebih baik,” menurutnya.

Sementara itu, kenaikan harga keluli baru-baru ini akan mempengaruhi margin segmen pembuatan timah, justeru, Public Investment berpendapat kenaikan kos bahan mentah tidak akan memberi kesan ketara kepada JTB.

Oleh itu, Public Investment mengekalkan saranan ‘outperform’ dan harga sasaran JTB pada RM2.08.

— BERNAMA

Share306ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In