• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, August 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Urus Niaga Di Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada urus niaga pagi Isnin berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati, dengan aktiviti jualan kebanyakannya membabitkan kaunter berwajaran tinggi, didahului oleh  Axiata dan Digi.

Pada pukul 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 4.01 mata kepada 1,608.24 berbanding 1,612.25 pada penutupan urus niaga petang Jumaat minggu lepas.

Indeks utama dibuka lemah sebanyak 1.71 mata kepada 1,613.96.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi 261 berbalas 233 sementara 1,051 kaunter tidak berubah, 612 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 953.78 juta saham bernilai RM458.18 juta.

Seorang peniaga berkata Axiata dan Digi berada dalam mod jualan hari ini  kerana keyakinan terhadap penggabungan antara kedua syarikat telekomunikasi itu telah mulai mereda.

Digi turun 18 sen kepada RM4.28 sementara Axiata menyusut 13 sen kepada RM3.98, sekali gus mengheret indeks komposit turun dengan gabungan 4.95 mata.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata sentimen pasaran akan tetap tidak menentu di tengah-tengah peningkatan kes COVID-19 walaupun program vaksin berterusan, ditambah dengan perkembangan gelombang baharu kes COVID-19 di beberapa negara, termasuk di Eropah dan Asia.

“Dengan gelombang baharu kes COVID-19 di negara-negara tertentu, kami berpendapat para pelabur mungkin akan kembali fokus kepada saham penjagaan kesihatan,” katanya dalam satu nota hari ini.

Menurutnya lagi, FBM KLCI mungkin meningkat lebih tinggi untuk minggu ini dengan tahap rintangan ditetapkan antara 1,615 dan 1,635 sementara tahap sokongan pula antara 1,565 dan 1,575.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik dua sen kepada RM8.31, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.21 sementara Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.83.

Tenaga dan IHH Healthcare masing-masing turun dua sen kepada RM10.22 dan RM5.28.

Bagi kaunter aktif, Lion Industries kekal pada 88 sen, Daya Material dan Luster Industries masing-masing menokok satu sen kepada 25 sen dan 26.5 sen, sementara Ucrest menambah 1.5 sen kepada 27 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 19.36 mata kepada 11,879.56, FBMT 100 turun 18.31 mata kepada 11,528.25, FBM Emas Syariah merosot 24.8 mata kepada 13,256.36 dan FBM ACE jatuh 38.48 mata kepada 9,957.06.

Bagaimanapun, FBM 70 naik 14.86 mata kepada 15,801.83.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.39 mata kepada 193.95, Indeks Perladangan naik 5.51 mata kepada 6,989.14 sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 15.97 mata kepada 15,197.86.

— BERNAMA

Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In