• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Telekomunikasi Seret Turun Bursa Malaysia

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri prestasi kenaikan tiga hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Isnin, berikutan penjualan saham-saham berwajaran tinggi dengan didahului sektor telekomunikasi.

Pada 5 petang, FBM KLCI ditutup 3.83 mata lebih rendah kepada 1,608.42 daripada 1,612.25 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Indeks utama itu yang dibuka 1.71 mata lebih tinggi kepada 1,613.96, bergerak di antara 1,603.41 dengan 1,613.96 sepanjang sesi dagangan Isnin.

Axiata dan Digi berada di kedudukan teratas dalam senarai kaunter rugi dalam kalangan 30 kaunter konstituen selepas masing-masing susut 18 sen kepada RM3.93 dan 15 sen kepada RM4.31.

“Saham-saham itu diniagakan secara besar-besaran minggu lepas susulan laporan mengenai penggabungan kedua-dua entiti utama telekomunikasi tersebut namun aktiviti pengambilan untung berlaku hari ini untuk memperoleh keuntungan dalam pasaran.” kata peniaga kepada Bernama.

Petronas Chemicals pula merupakan saham paling untung selepas meningkat 15 sen kepada RM7.98 dengan 2.25 juta saham bertukar tangan.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 667 berbanding 411 manakala 584 kaunter tidak berubah, 495 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 5.86 bilion saham bernilai RM3.35 bilion daripada 6.58 bilion saham bernilai RM4.14 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM8.32, Public Bank menokok satu sen kepada RM4.21, IHH Healthcare meningkat lapan sen kepada RM5.38 dan Top Glove menambah dua sen kepada RM5.25.

Tenaga, bagaimanapun, kekal tidak berubah pada RM10.24.

Antara kaunter aktif, Luster Industries dan Hiap Teck masing-masing turun satu sen kepada 24.5 sen dan 50 sen, LKL naik 2.5 sen kepada 40 sen manakala Borneo Oil menokok setengah sen kepada lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 10.58 mata pada 11,888.34, FBMT 100 kurang 9.46 mata kepada 11,537.1, FBM Emas Syariah menguncup 19.89 mata kepada 13,261.27, dan FBM ACE merosot 241.55 mata kepada 9,753.99.

Bagaimanapun, FBM 70 meningkat 56.06 mata kepada 15,843.03.

Mengikut sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian naik 2.02 mata kepada 195.58, Indeks Perladangan turun 23.61 mata kepada 6,960.02 sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan kurang 11.19 mata kepada 15,202.64.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 3.71 bilion saham bernilai RM2.71 bilion daripada 3.57 bilion saham bernilai RM3.32 bilion pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 337.82 juta unit bernilai RM44.17 juta daripada 528.36 juta unit bernilai RM64.07 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula susut kepada 1.8 bilion saham bernilai RM598.12 juta daripada 2.48 bilion saham bernilai RM757.47 juta.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 588.69 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian  (1.54 bilion), pembinaan (208.02 juta), teknologi (261.92 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (57.58 juta), hartanah (373.1 juta), perladangan (19.25 juta), REIT (6.99 juta), dana tertutup (31,400), tenaga (355.9 juta), penjagaan kesihatan (68.65 juta), telekomunikasi dan media (63.09 juta), pengangkutan dan logistik (131.99 juta) serta utiliti (34.88 juta).

— BERNAMA

Share260ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In