• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Urus Niaga Di Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Urus niaga di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dalam zon positif selepas didorong oleh kegiatan membeli semasa harga saham murah membabitkan kaunter berwajaran tinggi, sekali gus mengenepikan prestasi lemah semalaman di Wall Street.

Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 2.83 mata kepada 1,581.74 daripada 1,578.91 pada penutupan urus niaga petang Selasa.

Indeks utama pagi ini dibuka 5.47 mata lebih tinggi pada 1,584.38 dan bergerak antara 1,575.18 dan 1,589.06 sepanjang sesi dagangan pagi.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 486 berbalas 447, manakala 447 kaunter tidak berubah, 752 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.57 bilion saham bernilai RM1.82 bilion.

Sementara itu bagi pergerakan indeks serantau, Indeks Straits Times Singapura turun 0.06 peratus kepada 3,205,73, Nikkei Jepun 0.17 peratus lebih tinggi pada 29,747.46, Hang Seng Hong Kong turun 0.65 peratus kepada 28,751.38 dan Kospi Korea Selatan menokok 0.20 peratus kepada 3,133.49.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan dibuka lebih kukuh pagi ini dan kekal dalam zon positif sepanjang sesi urus niaga pagi, didorong oleh kegiatan membeli saham ketika harga murah dan seterusnya pulih kembali daripada kerugian selama dua hari yang dicatatkan sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau menambah rakan bursa serantau yang lain kekal mempamerkan prestasi bercampur-campur dalam situasi dagangan yang lebih berhati-hati pada Rabu berikutan petunjuk negatif daripada dagangan semalaman di Wall Street.

“Ekuiti AS menyusut daripada rekod penutupan tertinggi yang dicatatkan pada sesi sebelumnya kerana para pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang pengumuman laporan pendapatan suku tahun sementara menantikan minit mesyuarat dasar monetari terkini Rizab Persekutuan untuk hala tuju pasaran.

“Para pelabur juga terus berwaspada terhadap langkah bank pusat China yang meminta pemberi pinjaman utama negara untuk mengehadkan pertumbuhan pinjaman bagi baki tahun selepas menyaksikan lonjakan dalam dua bulan pertama yang boleh mencetuskan risiko gelembung,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing menambah satu sen kepada RM8.32 dan RM4.21, Petronas Chemicals susut enam sen kepada RM7.89, Tenaga turun dua sen kepada RM10.14 sementara IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.30 .

Bagi kaunter aktif, Berjaya Corp meningkat 3.5 sen kepada 44 sen, Dagang NeXchange naik lima sen kepada 85.5 sen, sementara Macpie dan MLabs masing-masing turun setengah sen kepada 10 sen dan empat sen dan Dataprep menyusut tiga sen kepada RM1.07.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 15.12 mata kepada 11,733.74, FBMT 100 meningkat 10.0 mata kepada 11,382.42, FBM Emas Syariah menambah 22.71 mata kepada 12,997.92, dan FBM ACE mengembang 15.38 mata kepada 9,646.53.

FBM 70 jatuh 25.77 mata kepada 15,771.79.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 41.47 mata kepada 6,981.10, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.11 mata menjadi 193.25 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan lebih tinggi 1.65 mata kepada 15,242.01.

— BERNAMA

Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In