• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Serba Dinamik Bekerjasama Dengan UTM Dalam Pembangunan Teknologi Membran

in Catalyst
A A
Untung Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM148 Juta Pada Suku Ketiga

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — Serba Dinamik Group Bhd hari ini mengumumkan kerjasama dengan Membrane Technology (M) Sdn Bhd (MTMSB), syarikat sampingan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dalam pembangunan teknologi membran lanjutan bagi rawatan air dan air sisa serta hemodialisis. 

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata perkongsian itu akan membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama dalam pembuatan teknologi membran bagi projek rawatan air dan air sisa yang akan menjadi penyelesaian bagi masalah gangguan air.

”Projek ini dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sebelum dikomersialkan.

“Sekarang ini, kemudahan pembuatan membran berskala industri ini sedang dibangunkan di Pasir Gudang, Johor,” katanya dalam satu majlis pemeteraian perjanjian secara maya hari ini.

Memorandum persetujuan itu ditandatangani antara Abdul Karim dan Naib Canselor UTM Prof Datuk Ahmad Fauzi Ismail yang mewakili MTMSB. 

Sementara itu, Ahmad Fauzi berkata permintaan terhadap rawatan hemodialisis telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini pada kadar yang membimbangkan dan kerjasama untuk membangunkan rawatan hemodialisis di dalam negara akan membantu menangani keperluan itu. 

”Di Malaysia, hospital dan pusat hemodialisis mendapatkan bekalan rawatan daripada pengedar tempatan yang berbeza, yang mengimport rawatan hemodialisis dari Jerman dan Jepun.

”Oleh itu, kami telah memulakan penyelidikan dan pembangunan membran merah jambu untuk rawatan hemodialisis pada 2015,” katanya. 

Tambah Ahmad Fauzi, membran gentian serat yang dibuatnya mempunyai sifat pemisahan dan anti mendapan yang sangat baik yang berpotensi disertakan dalam rawatan hemodialisis.

— BERNAMA

Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In