• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah pasaran bursa serantau meskipun Wall Street mempamerkan dagangan semalaman yang rancak, dirangsang oleh keyakinan terhadap pemulihan ekonomi berikutan pengumuman beberapa data ekonomi yang positif.

Kaji selidik oleh Institute for Supply Management (ISM) pada Isnin menunjukkan aktiviti dalam industri perkhidmatan AS telah mencecah paras tertinggi untuk bulan Mac. Ini datang sejurus selepas laporan pekerjaan yang positif negara itu pada Jumaat yang mengatasi unjuran dengan 916,000 pekerjaan tambahan pada bulan lepas.

Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras FBM KLCI lemah 5.46 mata kepada 1,578.78 daripada 1,584.24 pada penutupan urus niaga petang Isnin.

Pagi ini, indeks utama dibuka 4.03 mata lebih tinggi pada 1,588.27 dan bergerak antara 1,575.18 dan 1,589.06 sepanjang sesi berkenaan.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 581 berbalas 350 sementara 456 kaunter tidak berubah, 744 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.71 bilion saham bernilai RM1.75 bilion.

Untuk bursa serantau, Indeks Straits Times Singapura turun 0.30 peratus menjadi 3,200.20, Nikkei Jepun menyusut 1.09 peratus kepada 29,762.78, Kospi Korea Selatan lega 0.06 peratus kepada 3,119.0 sementara Hang Seng Hong Kong meningkat 1.97 peratus menjadi 28,938.74.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan dibuka lebih tinggi tetapi berubah dan bergerak ke zon negatif pada lewat pagi, tertekan oleh jualan besar-besaran yang membabitkan saham berwajaran tinggi.

“Bursa tempatan turut menjejaki prestasi di kebanyakan bursa serantau lain yang jatuh berikutan kebimbangan China akan mengekang pertumbuhan pinjamannya untuk baki tahun ini selepas melonjak dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

“Ini jelas sekali telah menjejaskan sentimen di pasaran serantau,” kata beliau.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun tujuh sen kepada RM8.27, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing menyusut dua sen kepada RM4.20 dan RM5.31 sementara Petronas Chemicals dan Tenaga, kedua-duanya susut empat sen kepada RM7.95 dan RM10.18.

Bagi kaunter aktif pula, Volcano yang mula disenaraikan di Pasaran Ace hari ini, meningkat 14.5 sen kepada 49.5 sen, waran Vortex naik setengah sen kepada satu sen, Berjaya Corp menyusut empat sen kepada 40 sen, Dagang Nexchange lebih rendah 5.5 sen kepada 80.5 sen sementara waran Focus Dynamic tidak berubah pada satu sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 26.92 mata kepada 11,728.53, FBMT 100 susut 24.91 mata kepada 11,379.66, FBM Emas Syariah lebih rendah sebanyak 2.2 mata kepada 13,017.10 dan FBM ACE berkurangan 0.44 mata kepada 9,707.90. 

Indeks FBM 70 pula meningkat 20.64 mata kepada 15,838.91.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 81.20 mata kepada 6,950.12, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 0.91 mata kepada 193.04 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 99.72 mata kepada 15,200.51.

– BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In