• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Indeks Komposit Susut 2.22 Peratus

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks utama turun 2.22 peratus dipengaruhi terutamanya oleh saham sarung tangan serta sentimen lemah dalam pasaran tempatan tetapi berjaya pulih sedikit daripada penurunan untuk ditutup pada paras terendah hariannya. 

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 35.68 mata kepada 1,573.51 daripada paras penutup 1,609.19 pada Selasa.   

Indeks itu dibuka 0.23 mata lebih rendah kepada 1,608.96 dan bergerak antara paras 1,564.06 dan 1,608.96 sepanjang hari dagangan. 

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 858 berbanding 303, manakala 369 kaunter tidak berubah, 671 tidak diniagakan dan 87 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8.36 bilion saham bernilai RM4.22 bilion daripada 5.78 bilion saham bernilai RM3.59 bilion pada Selasa.  

Penurunan kaunter sarung tangan itu adalah disebabkan dakwaan buruh paksa oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat terhadap proses pengeluaran sarung tangan Top Glove Corp.  

Saham Top Glove turun 25 sen kepada RM4.52, Hartalega berkurangan 43 sen kepada RM8.93 dan Supermax susut 14 sen kepada RM3.81. Ketiga-tiga saham itu menyumbang 7.49 mata daripada penurunan indeks utama. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, Maybank turun 15 sen kepada RM8.25, Public Bank susut lapan sen kepada RM4.20, Petronas Chemicals jatuh 10 sen kepada RM8, TNB berkurangan 28 sen kepada RM10.12 dan IHH Healthcare turun 11 sen kepada RM5.32. 

Bagi kaunter cergas, Berjaya Corp meningkat enam sen kepada 45.5 sen, Scomi naik satu sen kepada 6.5 sen, Barakah Offshore menokok dua sen kepada 11 sen dan AT Systematization susut satu sen kepada 9.5 sen. 

Aliran menurun di pasaran tempatan itu juga sejajar dengan bursa serantau lain. 

Nikkei 225 Jepun turun 0.86 peratus kepada 29,178.80, Indeks Hang Seng Hong Kong berkurangan 0.7 peratus kepada 28,378.35 dan Indeks Straits Times Singapura jatuh 0.35 peratus kepada 3,179.58. 

Di papan Indeks, FBM 70 turun 128.8 mata kepada 15,473.57, Indeks FBM Emas berkurangan 208.21 mata kepada 11,614.56, FBMT 100 susut 213.27 mata kepada 11,281.77, FBM Emas Shariah jatuh 241.22 mata kepada 12,846.17 dan FBM ACE turun 167.09 mata kepada 10,065.8.  

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 237.92 mata kepada 15,220.99, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.39 mata kepada 191.14 dan Indeks Perladangan jatuh 123.16 mata kepada 7,011.51.  

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 5.87 bilion saham bernilai RM3.69 bilion daripada 3.83 bilion saham bernilai RM2.92 bilion pada Selasa.   

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 311.28 juta unit bernilai RM47.46 juta daripada 250.08 juta unit bernilai RM36.92 juta.  

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.17 bilion saham bernilai RM486.92 juta daripada 1.69 bilion saham bernilai RM631.33 juta.  

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 1.02 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.92 bilion), pembinaan (1.83 juta), teknologi (353.12 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (161.60 juta), hartanah (896.87 juta), perladangan (37.42 juta), REITs (6.0 juta), dana tertutup (33,400), tenaga (990.95 juta), penjagaan kesihatan (129.25 juta), telekomunikasi dan media (58.13 juta), pengangkutan dan logistik (88.32 juta) dan utiliti (32.38 juta).

— BERNAMA

Share426ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In