• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) — Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi hari ini lebih rendah berikutan kegiatan pengambilan untung membabitkan kaunter berwajaran tinggi terpilih.

Pada masa sama, bursa tempatan turut mengambil petunjuk daripada prestasi bursa serantau yang lain, kata para peniaga.

Ketika urus niaga berhenti rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) susut 3.52 mata kepada 1,591.77 selepas bergerak antara 1,590.83 dan 1,599.31 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Pada paras pembukaan pagi ini, indeks utama meningkat 4.02 mata kepada 1,599.31 berbanding 1,595.29 ketika ditutup pada petang Rabu.

Di pasaran secara meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 775 berbalas 409 sementara 349 kaunter tidak berubah, 644 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 8.47 bilion unit bernilai RM3.66 bilion.

Sementara untuk bursa serantau, Nikkei Jepun turun 0.3 peratus kepada 30,200.55, Hang Seng Hong Kong menyusut 1.16 peratus menjadi 30,723.83 dan STI Singapura jatuh 0.42 peratus kepada 2,908.28.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd dalam kenyataannya, ia menjangkakan minat belian akan kembali hari ini untuk menguji tahap 1,600 kerana kedua-dua harga minyak mentah dan minyak sawit mentah telah melonjak ke paras tertinggi beberapa bulan.

“Minyak mentah Brent menghampiri sasaran kami iaitu AS$65 setong memandangkan dana kini telah beralih kepada komoditi untuk mendapatkan wang mudah di tengah-tengah proses pemulihan ekonomi ini,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan PChem masing-masing susut enam sen kepada RM8.03 dan RM7.47 sementara Public Bank susut satu sen kepada RM4.18 dan Top Glove turun lapan sen kepada RM6.11.

Tenaga bagaimanapun meningkat lima sen kepada RM9.91.

Bagi saham paling cergas, Dagang Nexchange meningkat 11.5 sen kepada 66.5 sen, Velesto Energy dan Sapura Energy masing-masing naik setengah sen kepada 17 sen dan 15.5 sen manakala Alam Maritim menokok satu sen kepada 10.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 20.35 mata kepada 11,663.00 dan Indeks FBMT 100 susut 19.47 mata kepada 11,349.94 dan Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah 4.88 mata pada 13,113.37.

Indeks FBM 70 merosot 4.59 mata kepada 15,325.48 dan FBM ACE jatuh 79.64 mata kepada 11,186.91.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 67.97 mata kepada 15,027.71, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 1.14 mata kepada 181.44 sementara Indeks Perladangan naik 40.56 mata kepada 7,150.26.

– BERNAMA

Share234ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In