• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 11 Jan — Bursa Malaysia susut di awal dagangan Isnin menjelang pengumuman kerajaan mengenai tindakan yang bakal dilaksanakan susulan peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19.

Pada 9.15 pagi ini, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 20.50 mata kepada 1,612.69 selepas susut 5.97 mata kepada 1,627.22 sewaktu dagangan dibuka, berbanding 1,633.19 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 645 berbanding 168 manakala 1,090 kaunter tidak berubah, 181 tidak diniagakan dan 13 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.29 bilion unit bernilai RM8.42 juta.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual membuat pengumuman khas hari ini mengenai langkah-langkah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

Mengulas perkembangan itu, Malacca Securities menjangkakan langkah kesihatan awam itu yang bakal diumumkan itu adalah lebih tegas.

“Oleh kerana prospek pemulihan ekonomi terus dibayangi oleh peningkatan kes COVID-19, kami berpendapat saham-saham berharga rendah akan terus diasak tekanan berikutan kebimbangan mengenai gangguan rantaian bekalan pada masa terdekat apabila kilang dan gudang terpaksa ditutup sementara,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Firma pembrokeran itu juga percaya saham pengeluar sarung tangan sebaliknya terus mencatat peningkatan apabila pelabur bimbangkan mengenai pelaksanaan sekatan pergerakan bagi pusingan kedua di negara ini.

“Kami kekal positif terhadap prospek sektor penjagaan kesihatan apabila aktiviti pembelian berterusan susulan kebimbangan mengenai kes COVID-19. Pada masa sama, peningkatan harga minyak mentah turut mendorong kenaikan bagi sektor tenaga,” katanya.

Selain itu, unjuran terhadap pasaran Wall Street adalah positif berikutan prestasi minggu pertama 2021 yang meningkat di semua papan Dow ketika pelabur terus berharap menyaksikan keadaan politik lebih stabil selain potensi pakej rangsangan dolar yang digesa oleh bakal Presiden Joe Biden.

Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi menyaksikan 33 kaunter dalam wilayah negatif, didahului oleh Maybank dan Press Metal yang masing-masing turun 23 sen kepada RM8.17 dan RM8.17.

PetChem juga turun 20 sen kepada RM7.36, TNB rugi 22 sen kepada RM10.30 dan CIMB susut 12 sen kepada RM3.99.

KLK sebaliknya meraih 66 sen kepada RM24.66 dan IHH naik tujuh sen kepada RM5.68.

Bagi saham aktif, AT Syetematization tidak berubah pada 19 sen, Iris susut 1.5 sen kepada 34 sen dan Priceworth tidak berubah pada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Index susut 143.68 mata kepada 11,493.77, Indeks FBMT 100 merosot 143.52 mata kepada 11,264.29 dan Indeks Shariah FBM Emas turun 135.97 mata kepada 13,017.07.

FBM 70 merosot 183.49 mata kepada 14,304.62 dan FBM ACE jatuh 127.27 mata kepada 10,370.14.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 221.84 mata kepada 14,786.27 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 3.11 mata kepada 171.47 namun Indeks Perladangan meningkat 30.90 mata kepada 7,449.19.

— BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In