• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

Ambil Tahu 7 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Sarawak Cable (SCABLE)

in Trading Idea
A A
Ambil Tahu 7 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Sarawak Cable (SCABLE)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Diperbadankan pada tahun 1998, Sarawak Cable Berhad (“SCABLE”) telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 25 Mei 2010.  Pada awalnya SCABLE hanyalah merupakan sebuah pengeluar kabel kuasa. Kini SCABLE telah mengembangkan portfolio perniagaannya dengan melibatkan diri dalam fabrikasi tiang dan menara keluli, produk hot-dip galvanized, loji janakuasa hidro mini dan pembinaan talian penghantaran.

Penggabungan anak syarikat SCABLE iaitu Leader Cable Industry Berhad (LCIB) dan Universal Cable (M) Berhad (UCMB) sejak Januari 2015, telah menjadikan SCABLE pengeluar kabel terbesar di Malaysia dan peneraju utama di Asia Tenggara. Pada masa yang sama, SCABLE merupakan one-stop-centre dalam menjadi pembekal kabel elektrik dan projek saluran transmisi di Malaysia.

1. Top 10 Pemegang Saham Syarikat Sarawak Cable

Sumber: Bursa Marketplace

Pemilik Sarawak Cable adalah Mahmud Abu Bekir Taib iaitu anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Ini pengaruh bukan biasa-biasa ni.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Di samping itu, syarikat penyedia tenaga elektrik Sarawak turut berada dalam senarai iaitu Sarawak Energy Berhad. Tiada pelabur institusi (jerung) kelihatan dalam senarai Top 10 pemegang saham SCABLE.

2. Pengeluar Kabel dan Wayar Terbesar di Malaysia

Sumber: SCABLE

SCABLE merupakan pengeluar kabel yang terbesar di Malaysia dan merupakan peneraju industri ini di rantau Asia Tenggara.

3. Portfolio Perniagaan

Ianya boleh dikategorikan kepada dua bahagian utama iaitu pembuatan dan projek / kejuruteraan.

A. Pembuatan

Sebagai pengeluar kabel terkemuka di Asia Tenggara, SCABLE mempunyai tujuh (7) kilang kabel yang terletak di Semenanjung Malaysia (di Tampoi, Pandan, Plentong, Nilai, Tikam Batu, Meru) dan satu (1) di Kuching, Sarawak. Berikut merupakan produk keluaran syarikat Sarawak Cable ini.

Sumber: SCABLE

B. Projek / Kejuruteraan

Sumber: SCABLE

Scable juga menyediakan perkhidmatan dan pemasangan bagi kerja-kerja berikut:

  1. Rekabentuk, membekal, penghantaran, pemasangan talian penghantaran (transmission line).
  2. Kerja raya untuk projek pencawang dan loji janakuasa.
  3. Kerja-kerja infrastruktur dan pembinaan.

4. Prestasi Suku Tahunan

Sumber: SCABLE

Jom lihat prestasi suku tahunan SCABLE bagi suku ketiga tahun 2020. Laporan kewangan terkini adalah bertarikh 27 November 2020. Hasil pendapatan SCABLE pada suku ketiga 2020 adalah sebanyak RM212.75 juta dan keuntungan bersih syarikat adalah sebanyak RM3.44 juta. Prestasi yang sangat baik jika dibandingkan dengan suku yang sama tahun lepas.

Jika kita membuat perbandingan bagi setiap suku, SCABLE telah membuat kenaikan sebanyak 119%. Jika membuat perbandingan di antara suku tahun ini dan suku yang sama tahun lepas, peningkatan sebanyak 202% dapat disaksikan.

5. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini

Bagi tempoh 12 bulan terkini, SCABLE telah merekodkan RM693.56 juta di dalam perolehan dan mengalami kerugian bersih sebanyak RM88.78 juta. Perolehan dan keuntungan bersih telah merosot disebabkan kebanyakan projek terpaksa ditunda dan diberhentikan buat sementara waktu kerana pandemik COVID-19 yang melanda.

Suku yang terakhir menampakkan terdapat tanda-tanda awal bahawa SCABLE akan membuat comeback dengan Perintah Kawalan Pergerakan semakin dilonggarkan dan ekonomi semakin pulih.

6. Kedudukan Kewangan Terkini

Sumber: Investing.com

Pada 30 September 2020, SCABLE telah mencatatkan RM147.39 juta untuk ekuiti keseluruhan. Pada masa yang sama, syarikat telah merekodkan RM451.38 juta di dalam aset semasa dan RM619.6 juta di dalam liabiliti semasa.  Maka nisbah semasa terkini bagi SCABLE adalah 0.73.

7. Tema Kaunter SCABLE

Perkara yang menarik mengenai SCABLE adalah aktiviti perniagaannya yang mempunyai kepelbagaian, membolehkan syarikat ini terlibat dalam tiga jenis tema berbeza iaitu tema besi, tenaga boleh diperbaharui dan juga tema kaunter Sarawak.

Umum mengetahui bahawa pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung bila-bila masa saja kerana mandat bagi kerajaan negeri Sarawak akan berakhir pada Jun 2021, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak secara automatik akan terbubar. SCABLE adalah syarikat yang berasal dari Sarawak dan jemput baca artikel mengenai kaunter-kaunter Sarawak, jemput baca Saham Berkaitan Sarawak Yang Boleh Diperhatikan Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share709ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

12 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

12 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

12 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In