• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, November 3, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Bonus Issue; Alternatif Lain Kepada Dividen

in Fundamental Analisis
A A
Bonus Issue; Alternatif Lain Kepada Dividen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Salah satu cara keuntungan dalam pelaburan yang biasa kita dengar adalah dividen. Namun, ada lagi satu kaedah lain yang boleh diberikan oleh syarikat kepada pemegang saham iaitu bonus issue, atau lebih dikenali sebagai saham percuma.

Bonus issue boleh dianggap sebagai alternatif kepada dividen. Perbezaan di antara dividen dan bonus issue adalah, bonus issue tidak perlu menggunakan wang tunai sebagai bayaran kepada pemegang saham tetapi digantikan dengan pemilikan unit tambahan saham milik syarikat.

Bila mana bonus issue diberikan, ini akan menambahkan bilangan saham syarikat. Biasanya, saham percuma ini akan diberikan dengan nisbah 2:3, 1:2 atau 1:1.

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Sebagai contoh, Supermax tempoh hari telah memberikan bonus issue 1:1 yang bermaksud, setiap 1 unit pemegang saham sedia ada, akan mendapat 1 unit saham secara percuma.

Dufu Technology Corp. Bhd juga merupakan salah sebuah syarikat di Bursa Malaysia yang sering memberi bonus issue.

This image has an empty alt attribute; its file name is 1-23-1024x768.jpg
Sumber Gambar : DUFU

Mengapakah Dufu Gemar Berbuat Demikian?

Kerana ia merupakan saham yang amat ‘ringan’. Bagi tujuan menstabilkan saiz pasaran modalnya, syarikat ini telah beberapa kali membuat bonus issue. Dengan berbuat demikian, saiznya akan menjadi lebih ideal.

Imej menunjukkan syarikat Dufu Technology Corp. Bhd telah membuat bonus issue pada tahun 2008, 2018 dan 2020
(Sumber: malaysiastock.biz)

Ianya sebagaimana yang terdapat dalam formula CANSLIM pada huruf “S”, yang merujuk kepada permintaan jual beli (supply & demand) terhadap sesebuah syarikat. Ianya berkait rapat dengan market shares (saham yang didagangkan), amaun market shares yang ideal adalah di antara 200 juta sehingga 2 bilion unit. Market shares di bawah 200 juta pula diklasifikasikan sebagai “underweight”, atau bahasa pasarnya saham yang ringan, di mana harga saham syarikatsangat mudah untuk bergerak, sama ada menaik atau menurun.

Saham syarikat yang berada dalam keadaan “underweight” adalah diklasifikasikan sebagai tidak sihat dan terdedah kepada manipulasi pasaran (market manipulation). Dengan membuat bonus issue, saham syarikat yang ringan seperti Dufu  akan menjadi lebih berat dan ideal.

Namun begitu, jika market shares itu adalah lebih besar daripada 2 bilion unit, ia akan dikenali sebagai saham yang berat dan amat sukar untuk bergerak. Market shares yang sihat hendaklah berada di antara underweight dan overweight.

Imej menunjukkan maklumat berkaitan saham syarikat Dufu Technology Corp. Bhd (Sumber: malaysiastock.biz)

Berdasarkan imej di atas, kita maklum bahawa saiz market shares syarikat Dufu sekarang berada dalam keadaan ideal kerana berada dalam lingkungan 200 juta hingga 2 bilion unit.

Selain itu, syarikat Dufu kerap memberikan dividen kepada para pemegang sahamnya. Di sini, kita jelas bahawa ia merupakan sebuah syarikat yang sering membuat keuntungan. Bila syarikat mencatatkan keuntungan, dividen diberi sebagai hadiah kepada para pelabur.

Imej menunjukkan kekerapan syarikat Dufu Technology Corp. Bhd memberikan dividen kepada para pemegang saham syarikatnya
(Sumber: malaysiastock.biz)

Bonus issue sudah, dividen pun sudah. Sekarang kita nampak bahawa syarikat ini sudah ada ciri-ciri yang sihat untuk dijadikan pelaburan. Apa lagi, teruskanlah mengkaji dan berfikir sama ada ia sesuai dengan trading plan masing-masing atau pun tidak.

Sebagai seorang pelabur, kita juga perlu tahu apa yang dimaksudkan apabila syarikat bertindak melakukan Corporate Actions. Corporate Actions (CA) yang biasa adalah seperti: Bonus Issue, Share Split, Pemberian Dividen dan Rights Issue.

Kebiasaannya ia memberi impak kepada harga dan pergerakan saham tersebut.

Jadi, apa kita perlu buat?
Kena standby sebelum CA ini berlaku ke?


Buat julung kalinya, The Kapital membawakan sesi TUISYEN SAHAM bagi membantu anda mengulangkaji dengan lebih mudah. Kita akan fokus kepada 2 topik utama :

Waran (Warrant)
Corporate Action (Bonus Issue, Share Split, Dividen dan Rights Issue)

DAFTAR SEKARANG

Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout

MILIKI E-BOOK BUY ON BREAKOUT
Share406ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

3 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

3 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

3 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In