Pada tarikh 16 Disember 2020, indeks pembinaan di Bursa Malaysia telah memecahkan garisan resistance yang kuat bagi tempoh 9 bulan selepas indeks tersebut jatuh menjunam pada akhir Febuari 2020. Ianya gara-gara industri pembinaan yang terjejas teruk akibat daripada penularan wabak Covid-19.
Sebelum itu pada 15 Disember 2020, pembentangan belanjawan akhirnya telah dipersetujui dan diluluskan oleh majoriti ahli dewan yang dipercayai menjadi catalyst kepada rancaknya sektor pembinaan di keesokan harinya.

Berdasarkan carta indeks pembinaan di atas, sektor ini sebenarnya telah mematahkan downtrendline pada awal November 2020 dan membuat perubahan fasa kepada fasa aliran menaik dan telah membuat breakout resistance selama 9 bulan. Jika indeks sudah membuat kenaikan, sudah tentu ianya didorong oleh kaunter-kaunter saham yang juga membuat kenaikan yang sama.
Mari kita lihat kaunter-kaunter di dalam sektor pembinaan yang boleh kita letakkan dalam wacthlist masing-masing.
Ho Hup Construction Company Berhad (Hohup) (5169)
Ho Hup Construction Company Berhad (Hohup) merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang kejuruteraan, kerja-kerja pembinaan dan perkhidmatan pengurusan untuk anak syarikatnya. Perniagaan syarikat ini terbahagi kepada tiga segmen utama iaitu pembinaan, hartanah dan juga pembuatan bahan-bahan pembinaan.
Di antara projek-projek yang syarikat ini terlibat adalah seperti projek Apartmen Sri Rakyat, Kondominium Jalil Damai, Terminal Lapangan Terbang, Stadium dan banyak lagi.

Berdasarkan carta Hohup di atas, kita dapat melihat pergerakan carta saham ini mimik pergerakan indeks pembinaan. Harga saham Hohup telah mematahkan downtrenline pada awal November dan membuat aliran menaik sehingga ke hari ini. Hohup telah memecahkan garisan resistance di paras RM0.475 pada 16 Disember 2020 dan dilihat akan meneruskan kenaikan untuk hari-hari berikutnya ke paras RM0.550 jika disokong dengan minat pembelian yang berterusan.
Ahmad Zaki Resouces Berhad (AZRB) (7078)
AZRB menyediakan perkhidmatan kerja-kerja kontraktor sivil dan kerja penstrukturan. Segmen perniagaan utama syarikat ini adalah kejuruteraan dan pembinaan, hartanah, Oil and Gas dan banyak lagi. Syarikat ini bukan sahaja menjalankan perniagaan mereka di Malaysia, malah mereka juga beroperasi di Inonesia, Arab Saudi dan beberapa negara lain.

Melihat kepada carta AZRB, harga saham syarikat telah berjaya memecahkan garisan resistance yang terbentuk selama 9 bulan pada tarikh 16 Disember 2020 pada paras RM0.260. Pergerakan saham ini kemungkinan akan membuat perubahan fasa daripada fasa aliran mendatar kepada fasa aliran menaik sekiranya minat belian terhadap kaunter ini terus meningkat.
Kerjaya Prospek Group Berhad (Kerjaya) (7161)
Kerjaya Prospek Group Berhad dahuluya dikenali sebagai Fututech Berhad. Syarikat ini terlibat dalam tiga segmen utama iaitu pembinaan, hartanah dan penyediaan barangan hiasan rumah. Di antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti pemasangan kerja-kerja aluminum, pembinaan rumah dan komersial dan bermacam-macam lagi.

Carta di atas menunjukan harga saham Kerjaya ini juga telah mematahkan downtrendline pada penghujung November 2020 dan membuat kenaikan drastik, sebelum kembali jatuh setelah gagal memecahkan garisan rintangan pada harga RM1.11. Saham Kerjaya kembali mendapat perhatian pelabur dan telah membuat gap up serta membentuk candle Marobozu pada 16 Disember 2020.
Jika kaunter Kerjaya berjaya memecahkan garisan rintangan pada paras RM1.11 dan disokong dengan minat belian yang berterusan, potensi besar untuk harga saham meningkat dengan lebih tinggi lagi.
Itulah dia beberapa kaunter di dalam sektor pembinaan yang dilihat mempunyai potensi untuk naik lebih tinggi. Kajian yang mendalam terutamanya tentang latar belakang dan pendapatan terkini syarikat perlu dikaji sebelum membuat sebarang keputusan untuk melabur.
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)