KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) – Kementerian Kewangan menafikan ia meluluskan pinjaman kepada syarikat penerbangan tempatan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Nikkei Asia melaporkan hari ini bahawa AirAsia Group Bhd mendapat bantuan dalam bentuk pinjaman berjumlah RM1 bilion daripada kerajaan bertujuan membantu syarikat itu.
“Merujuk kepada laporan media hari ini, kementerian mahu menjelaskan bahawa ia tidak meluluskan sebarang pembiayaan kerajaan atau jaminan kepada mana-mana syarikat penerbangan,” kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Menurut Nikkei Asia, pinjaman itu akan dilakukan bank-bank tempatan di bawah skim kerajaan, serta ia dijamin sebanyak 80 peratus oleh Kementerian Kewangan.
Pinjaman itu akan disalurkan oleh institusi kewangan tempatan di bawah Skim Jaminan Danajamin Prihatin bernilai RM50 bilion yang dikendalikan oleh penanggung insurans jaminan kewangan, Danajamin Nasional Bhd, kata Nikkei Asia.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards