KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka pulih dengan kukuh pada suku ketiga 2020, dengan penguncupan di antara -3.5 peratus dengan -4.5 peratus berbanding -17.1 peratus tahun ke tahun pada suku kedua tahun ini.
AmBank, menerusi nota penyelidikannya hari ini berkata KDNK bagi setahun penuh dijangka pada -3.6 peratus hingga -5.5 peratus susulan gelombang kedua pandemik COVID-19 ditambah langkah-langkah rangsangan yang diperkenalkan.
“Sebilangan besar risiko penurunan bergantung pada cabaran luaranserta gangguan domestik,” menurutnya.
Bank itu berkata pengeluaran perindustrian terus berkembang tetapi pada kadar lebih perlahan bagi Ogos iaitu 0.3 peratus tahun ke tahun daripada 1.3 peratus tahun ke tahun bagi Julai.
Sebahagian besar pengeluaran perindustrian disokong oleh sektor pembuatan sekali gus mengimbangi pengeluaran lemah yang dicatatkan sektor perlombongan dan elektrik.
“Selain itu, laporan positif daripada perdagangan bersifat pengedaran yang pada kadar perlahan 2.3 peratus tahun ke tahun pada Ogos berbanding -3.5 peratus tahun ke tahun pada Julai, menunjukkan permintaan dan keyakinan meningkat secara beransur-ansur,” menurut bank itu.
Berasaskan bulan ke bulan, AmBank berkata pengeluaran perindustrian susut buat kali pertama sejak April tahun ini, turun 1.2 peratus pada Ogos, terutama disebabkan oleh penurunan sektor perlombongan (-6.9 peratus) dan elektrik (-1.2 peratus), walaupun peningkatan dicatatkan dalam sektor pembuatan (+2.4 peratus).
Ia berkata pengeluaran perindustrian terus disokong oleh aktiviti eksport dan domestik, dengan produk elektrik dan elektronik dilihat meraih manfaat daripada peningkatan jualan semikonduktor global.
Prestasi itu turut disokong oleh aktiviti domestik seperti peralatan pengangkutan dan pembuat lain, makanan dan minuman, tembakau, logam asas serta produk getah dan plastik.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards