Tahun 2020 telah pun melabuhkan tirainya. Banyak perkara yang terjadi sepanjang tahun ini, dengan pandemik Covid-19 yang bukan sahaja melanda Amerika Syarikat tetapi seluruh dunia. Ekonomi dunia telah mengalami kejatuhan yang amat dahsyat, orang ramai dijangkiti virus Covid-19 dan jutaan orang mati akibatnya. Sehingga kini tiada vaksin yang benar-benar mampu melawannya dan ramai yang telah kehilangan pekerjaan atau terjejas pendapatan. Mari kita lihat apa yang telah terjadi pada pasaran Amerika Syarikat sepanjang tahun 2020.
Dow Jones Industrial Average Index

Nasdaq Composite Index

S&P 500

Pasaran Wall Street mula mengalami kejatuhan sekitar penghujung bulan Februari dan ia terjadi selama sebulan akibat panik yang berleluasa..Pasaran saham kemudiannya mula membuat recovery bermula pada bulan Mac 2020. Kebanyakan saham di Wall Street dan juga pasaran tempatan sudah mula menampakkan sedikit kenaikan seperti kaunter-kaunter berkaitan teknologi, penjagaan kesihatan dan sektor konsumer. Namun, kaunter-kaunter di dalam sektor penerbangan, pelancongan, pembinaan, hartanah dan minyak dan gas belum lagi pulih sepenuhnya.
Tahun 2020 banyak memberikan kita pengalaman dan pengajaran. Kini tiba masanya untuk kita menempuhi tahun yang baru dan mempersiapkan diri kita dalam apa jua keadaan yang bakal ditempuhi. Sudah bersediakah anda untuk mengharungi pasaran global di tahun 2021 ini?
10 Watchlist Saham Wall Street Bagi Tahun 2021
Tuan Mukhriz Mangsor dengan murah hati telah berkongsi 10 saham Wall Street yang boleh diperhatikan bagi tahun 2021. Siapakah Tuan Mukhriz? Bagi yang belum mengenali Tuan Mukhriz, bolehlah membaca di 5 sebab anda kena belajar dengan guru pelaburan saham global ini.
Sekarang mari lihat 10 watchlist saham Wall Street yang boleh kita beri perhatian bagi tahun 2021.

1. Applied Materials, Inc (AMAT)

Applied Materials adalah peneraju penyelesaian kejuruteraan bahan yang digunakan untuk menghasilkan cip baru dan paparan canggih di dunia. Kepakaran Applied Materials adalah dalam mengubahsuai bahan pada tahap atom dan pada skala industri. Di antara produk dan teknologi yang dimiliki oleh Applied Materials adalah semikonduktor, solar, perisian automasi, sistem teknologi roll to roll web coating, dan paparan canggih.
Applied Materials turut menawarkan khidmat perundingan, alat ganti, perkhidmatan dan automasi untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti peralatan serta operasi fabrikasi semikonduktor.
Harga terakhir AMAT adalah USD90.83.
2. Advanced Micro Devices (AMD)

Advanced Micro Devices, Inc. (AMD) adalah syarikat semikonduktor multinasional Amerika yang berpusat di Santa Clara, California. Mereka terlibat dalam mengembangkan pemproses komputer dan teknologi yang berkaitan untuk perniagaan dan pasaran pengguna. Produk utama AMD termasuklah pemproses mikro, chipset motherboard, pemproses tertanam dan pemproses grafik untuk pelayan, stesen kerja, komputer peribadi dan aplikasi sistem terbenam.
Harga terakhir AMD adalah USD90.33.
3. Five Below Inc (FIVE)

Sumber: Five Below
Five Below Inc adalah rangkaian kedai diskaun khas Amerika yang menjual produk pada harga di bawah USD5. Kebanyakan produk yang dijual di kedai-kedainya adalah disasarkan untuk golongan remaja. Syarikat ini diasaskan oleh Tom Vellios dan David Schlessinger dan berpusat di Philadelphia, Pennsylvania. Five Below Inc mempunyai 1,000 buah kedai di serata Amerika Syarikat. Five Below Inc disenaraikan di Nasdaq pada 19 Julai 2012 dengan harga USD 17.
Harga terakhir FIVE adalah USD182.38.
4. Form Factor Inc (FORM)
Form Factor merekabentuk, menghasilkan dan menjual kad prob, prob analitik, stesen prob, sistem metrologi dan sub-sistem termal. Ia beroperasi dalam dua segmen, iaitu kad prob dan sistem prob. Syarikat ini menawarkan kad prob untuk menguji pelbagai jenis peranti semikonduktor, termasuklah sistem pada cip, pemproses aplikasi mudah alih, pemproses mikro, pemproses grafik, frekuensi radio, analog, isyarat campuran, sensor gambar, elektro-optik dan analitik prob. Form Factor diasaskan pada tahun 1993 dan mula disenaraikan kepada awam pada 2003.
Harga terakhir FORM adalah USD43.73.

5. Fox Factory (FOXF)
Fox Factory Holding Corporation merekabentuk, menghasilkan dan memasarkan produk seperti basikal, kenderaan dengan kegunaan khas, kenderaan off-road, kenderaan kegunaan ketika musim salji, kenderaan ATV, motorsikal dan trak komersial. Kebanyakan pelanggan syarikat ini adalah di kalangan peminat sukan lasak dan juga bagi yang memerlukan kenderaan yang tahan lasak.
Harga terakhir FOXF adalah USD113.45.
6. Grow Generation Corporation (GRWG)
Grow Generation Corporation terlibat dalam penjualan produk hidroponik dan organik. Syarikat ini ditubuhkan oleh Darren Lampert dan Michael Salaman pada 6 Mac 2014 dan beribu pejabat di Denver. Syarikat ini mempunyai laman web yang menjadi pusat sehenti yang membekalkan bekalan, produk dan sistem hidroponik. Grow Generation adalah peneraju industri dalam penjualan komersial dan reka bentuk berskala besar bagi projek hidroponik. Syarikat ini dijangka mendapat manfaat daripada permintaan tinggi terhadap produk makanan organik dan sihat.
Harga terakhir saham GRWG adalah USD44.41.
7. Inphi Corporation (IPHI)
Inphi Corporation adalah syarikat yang menghasilkan analog berkelajuan tinggi yang mencecah sehingga kelajuan sehingga 10G-800G, komponen semikonduktor signal campuran, subsistem optik untuk rangkaian pengeluar peralatan asal (OEM), modul optik, penyedia perkhidmatan awan dan telekomunikasi. Pada Februari 2020, Inphi mengumunkan platform PAM4 elektro-optik berkelajuan 800Gbps yang pertama di dunia.
Harga terakhir saham IPHI adalah USD162.46.

8. JD.com (JD)
JD.com adalah peruncit dalam talian terbesar di China dan peruncit terbesar secara keseluruhannya. Ia menjadikan JD.com syarikat internet terbesar di China daripada segi pendapatan. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2004 di Beijing oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Richard Liu. Sebagai syarikat teknologi, JD.com telah membangunkan platform berskala besar yang membawa nilai kepada rakan niaga dan pelanggan dalam sektor e-dagang, logistik, kewangan internet, cloud computing, dan teknologi pintar.
Harga terakhir saham JD adalah USD88.18.

9. Lakeland Industries (LAKE)

Lakeland Industries adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan alat perlindungan diri (PPE). Lakeland menghasilkan pakaian perlindungan diri yang digunakan oleh para pekerja dalam persekitaran kerja yang terdedah kepada risiko. Kelebihan utama mereka, Lakeland mempunyai kilang pengeluaran di serata dunia dan kesemua produknya dihasilkan sendiri. Lakeland Industries boleh berbangga dengan slogannya iaitu “We Design, We Develop, We Make, We Deliver” yang bermaksud syarikatnya bertanggungjawab daripada awal proses sehinggalah ke produk akhir.
Harga terakhir saham LAKE adalah USD29.67.
10. Logitech Industries (LOGI)
Logitech adalah syarikat aksesori komputer yang terkenal dengan pengeluaran tetikus. Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1981, ia merupakan syarikat perkakasan terbesar di dunia. Logitech mengeluarkan dan menjual produk seperti papan kekunci, alat kawalan jauh, pembesar suara dan peranti rumah pintar di lebih daripada 100 buah negara. Bracken Darrel menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) pada tahun 2013 dan ia merupakan tempoh ketika pendapatan syarikat sedang mengalami kemerosotan.
Bracken bijak membuka langkah dengan melantik Alastair Curtis Nokia untuk menjadi ketua pegawai reka bentuk dan menekankan produk baru seperti pembesar suara Bluetooth dan peranti persisian permainan di mana dia melihat terdapat ruang untuk berkembang maju. Kesannya, Logitech berjaya melipat gandakan keuntungan dan menaikkan nilai sahamnya pada tahun 2017 berbanding dengan tahun sebelumnya.

Logitech juga bijak menghidu peluang dalam konsep work from home atau bekerja dari rumah yang dilihat semakin mendapat minat para pekerja di seluruh dunia. Pandemik Covid-19 telah memaksa orang ramai untuk bekerja dari rumah dan ini telah memberi manfaat kepada syarikat seperti Logitech yang mengeluarkan produk-produk yang dapat membantu orang ramai bekerja dari rumah.
Harga terakhir saham LOGI adalah USD98.98.
Berminat nak belajar bagaimana nak jual beli saham global? Dah biasa buat duit dengan Bursa Malaysia, sekarang nak beralih angan ke Wall Street pula?

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.
Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?
Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%
Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satuuuuu unit je.
Teringin nak explore pasaran saham Wall Street? Terlepas sesi Wall Street yang pertama tahun lepas?
Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!
Ini adalah kelas intensif.
Bila tu?
Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM
Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET
1. LEARN A WINNING SYSTEM
• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”
2. PROVEN FUNDAMENTAL
3. READ CHART LIKE A PRO
4. PLATFORM
• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US
5. SCREENER
6. PORTFOLIO MANAGEMENT
7. SENTIMEN
8. SAHAM KAJIAN
9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST
Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…
“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”
“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”
“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”
Speaker dah power, modul pun power.
InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.
Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:
➡️ https://thekapital.my/wallstreet
Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh? Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout, klik: thekapital.my/EbookBOB