Pada 21 Julai 2011, C.I. Holdings Berhad (KLSE: 2828) (CIHLGD) telah menjual syarikat pembuatan produk minimum Pepsi di Malaysia, iaitu Permanis Sdn Berhad, kepada Asahi pada harga RM820.0 juta.
Nilai ini adalah 11.4 kali ganda daripada harga pelaburannya, iaitu sebanyak RM72.0 juta pada tahun 2005.
Selepas daripada penjualan itu, CIHLGD telah berusaha untuk mencari perniagaan baru untuk syarikat tersebut.
Oleh itu, CIHLGD telah melibatkan diri dalam perniagaan pembungkusan dan pengedaran minyak masak (edible oils) bermula pada tahun 2014 melalui pembelian Continental Resources Sdn Berhad (CRSB) dan Palmtop Vegeoil Products Sdn Berhad (Palmtop).
Kini, CIHLGD mempunyai nilai pasaran semasa RM356.40 juta dalam nilai pasaran.
Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur saham CIHLGD.
1. Continental Resources Sdn Berhad (CRSB)
Pada 28 April 2014, CIHLGD membeli 100% pegangan saham CRSB dengan harga RM42.0 juta.
Kini, syarikat ini beroperasi di Banting, Klang dengan 3 plants yang dilengkapi dengan 23 packing lines dengan kapasiti pembungkusan seluas 414,000 mt setahun.
Selain itu, CIHLGD mempunyai 37 tangki simpanan minyak dengan kapasiti tankage setinggi 3,870 mt dan mempunyai 15 Jerry Can Moulding Machines yang berupaya mengeluarkan 600 ribu tin jerry setiap bulan.
2. Palmtop Vegeoil Products Sdn Berhad (Palmtop)
Pada 15 Mei 2015, CRSB telah membeli 60% pemegangan saham Palmtop pada harga RM8.25 juta.
Kini, Palmtop mempunyai 2 packing plants di Pasir Gudang, Johor yang dilengkapi 14 packing lines dengan kapasiti pembungkusan seluas 237,000 mt setahun.
Palmtop mempunyai 32 tangki minyak dengan kapasiti tankage sejumlah 4,000 mt.
3. Keputusan Segmen Bisnes
Selain edible oil, CIHLGD juga mempunyai perniagaan tapware dan sanitary ware dan beroperasi sepenuhnya di Senawang, Negeri Sembilan.
Ia memasar dan menjual produknya melalui 1,000 pengedar. Namun begitu, sumbangan daripada perniagaan ini adalah kecil jika dibandingkan dengan perniagaan edible oil.
4. Keuntungan Kewangan 5 Tahun Terkini
Pada tahun 2017 sehingga tahun 2020, CIHLDG telah menjana lebih RM2.0 bilion setahun di dalam perolehan.
CI telah merekodkan RM25.0 juta sehingga RM30.0 juta setahun di dalam keuntungan bersih kecuali pada tahun 2019.
CIHDG telah mencatatkan RM19.0 juta setahun dalam keuntungan bersih, kerana CIHDG telah mencatatkan nisbah keuntungan yang lebih rendah, ianya disebabkan oleh penurunan harga palm olein pada tahun tersebut.
Untuk 5 tahun tersebut, CIHDG telah merekodkan purata Return On Equity (ROE) sebanyak 13.27% setahun.
5. Pengurusan Aliran Tunai
Pada tahun 2016 sehingga tahun 2020, CIHLDG telah menjana RM334.9 juta dari pinjaman hutang panjang bersih dan RM8.3 juta di dalam pendapatan faedah.
Daripada jumlah itu, CIHLDG telah membayar:
- RM47.9 juta di dalam kos faedah.
- RM51.0 juta di dalam aliran keluar tunai operasi.
- RM50.2 juta di dalam dividen kepada pemegang saham.
- RM66.3 juta di dalam pembelian bersih property, plant & equipment (PPE)
CIHLDG telah menambahkan baki tunainya daripada RM65.5 juta pada tahun 2016 kepada RM150.4 juta pada tahun 2020.
6. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Pada 12 bulan terkini, CIHLDG telah menjana RM2.87 bilion di dalam perolehan dan RM36.6 juta di dalam keuntungan bersih atau 22.56 sen di dalam earnings per share (EPS).
7. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada suku kedua tahun 2021, CIHLDG telah merekodkan RM13.3 juta di dalam liabiliti bukan semasa dan RM238.6 juta di dalam ekuiti pemegangan saham. Nisbah hutang terkininya adalah 5.57%.
Pada yang sama, CIHLDG telah merekodkan RM592.6 juta di dalam aset semasa dan RM397.5 juta di dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa terkini bagi CIHLDG adalah 1.49.
8. P/E Ratio
Pada 26 Mac 2021, harga CIHLDG adalah RM2.20 sesaham. Maka, P/E Ratio bagi CIHLDG terkini adalah 9.75, lebih rendah daripada tempoh 5 tahun.
P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM 2.20 / RM 0.2256
= 9.75
9. P/B Ratio
Pada suku kedua tahun 2021, CIHLG telah merekodkan RM1.47 di dalam aset bersih setiap saham.
Jadi, P/B Ratio terkini bagi CIHLG adalah hampir dengan nilai puratanya untuk tempoh 5-tahun terkini.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 2.20 / RM 1.47
= 1.50
10. Kadar Dividen
Pada tahun 2016 sehingga tahun 2020, CIHLDG telah membayar dividends per share (DPS) seperti berikut:
Maka, kadar dividen CIHLDG terkini adalah 4.55% setahun, lebih rendah nilai puratanya untuk tempoh 5-tahun terkini.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.10 / RM 2.20) x 100%
= 4.55%
Kesimpulan:
Secara kesimpulan, kami mendapati:
Berdasarkan data dan statistik yang dikongsikan di atas, anda sebenarnya sudah mampu membuat anggakan dan congakan tentang saham CIHLDG ini.
Soalnya, wajarkah kita melabur di dalam saham ini? Jawapannya, hanya anda sahaja yang tahu.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards