Pastinya bila sebut nama Pentamaster Corporation Berhad (PENTA), mesti ramai yang mengenalinya. Jom kita tengok 10 fakta menarik tentang PENTA yang mungkin kita tak tahu.
1. PENTA mempunyai pengalaman selama 25 tahun dalam bidang pembuatan semikonduktor, komputer, automotif, elektrik dan elektronik, farmasi, alatan perubatan, makanan dan minuman, penggunaan elektronik kepada pembinaan umum. Bisnes PENTA terlibat di beberapa negara termasuklah Amerika Syarikat, Eropah, Afrika, Asia Pasifik dan negara ASEAN.
2. Pada suku tahun ketiga 2020, PENTA telah mencatatkan kerugian sebanyak 12% berbanding suku tahun sebelumnya, iaitu berjumlah RM15,037,000 atau lima belas juta tiga puluh tujuh ribu ringgit. Hal ini kerana syarikat ini mengalami sedikit kerugian akibat pandemic yang melanda seluruh dunia dan memberi kesan kepada perkhidmatan pemasangan automated test equipment (ATE) di tempat beroperasi.
Tetapi PENTA dijangka meningkat dengan catalyst baru tentang kenderan elektrik (EV).
3. PENTA juga telah mencapai rekod tertinggi pada suku tahun keempat tahun 2019 iaitu berjumlah RM125,977,000 atau satu ratus juta dua puluh lima ribu sembilan ratus tujuh puluh tujuh ribu ringgit, bermakna kenaikan sebanyak 5% berbanding sukut tahun sebelumnya.
4. Pada tahun 2019, syarikat Pentamaster telah mencapai keuntungan bersih tertinggi berjumlah RM83,000,000 atau lapan puluh tiga juta ringgit. Syarikat ini telah mengembangkan bisnes dengan penggunaan smart sensors dalam teknologinya.
Pada masa yang sama, penggunaan teknologi pengesanan 3D telah membuka peluang kepada segmen optikal dan optikal elektronik untuk syarikat ini.
5. Bermula tahun 2021 selepas pandemik berlaku hampir setahun peningkatan penggunaan teknologi semakin melonjak akibat sekolah ditutup dan bermula kelas di atas talian. Begitu juga dengan syarikat yang hampir ke semua perniagaan, pekerjanya harus bekerja daripada rumah.
Hal ini memberi satu catalyst baru kepada PENTA yang mana permintaan kepada pembuatan teknologi meningkat.
6. Sesetengah juga mensasarkan PENTA bakal membuat rally daripada catalyst terbaru dengan peningkatan penggunaan kenderaan elektrik (EV) sama seperti GREATEC.
7. PENTA menjangkakan kestabilan produksi pembuatan teknologi mereka walaupun berlaku Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dan akan membuat alternatif baru untuk mengatasi masalah kepada pergerakan memberi khidmat pemasangan ATE.
8. Kita harus ketahui juga tentang berat kaunter PENTA ini. Public float shares PENTA mencecah 64.98% yang mana melebihi sedikit 50% yang menandakan kaunter PENTA sedikit berat untuk naik harganya.
9. Secara keseluruhannya, kaunter PENTA dilihat membuat major uptrend. Kebanyakan mensasarkan PENTA untuk terus meningkat seiring dengan syarikat berkaitan teknologi semikonduktor.
10. Pemegang saham PENTA terbesar adalah Choon Bin Chuah yang merupakan Executive Chairman syarikat PENTA dengan 20%. Diikuti dengan KWSP sebanyak 6.1% dan 4.5% dipegang oleh Chong Chuah yang mana juga salah satu ahli di dalam Board of Directors.
Sumber Rujukan:
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Miliki eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards