Yinson Holdings Berhad (Yinson) telah ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Lim Han Weng yang merupakan syarikat pengangkutan dan logistik di Johor Bahru, Malaysia. Dalam 20 tahun, Yinson kini merupakan salah sebuah syarikat pengangkutan terbesar di Malaysia.
Pada tahun 2010, Yinson memperluaskan perkhidmatan ke pengangkutan laut dan marin dengan pemerolehan lima kapal tunda. Setahun kemudian, Yinson menceburkan diri pula ke dalam industri minyak dan gas dengan membentuk konsortium dengan PetroVietnam Technical Services Corporation (PTSC, anak syarikat PetroVietnam).
Pada tahun 2019, Yinson beralih kepada aktiviti perniagaan yang ketiga iaitu tenaga boleh diperbaharui.
Segmen Perniagaan
Yinson kini beroperasi dalam tiga segmen perniagaan iaitu tenaga boleh diperbaharui, menyediakan perkhidmatan berkaitan marin dan menyediakan perkhidmatan kepada industri minyak dan gas.
Pemilik Syarikat

Top 3 pemegang saham utama syarikat Yinson adalah keluarga Lim yang merupakan pengasas syarikat. Encik Lim dan keluarga memiliki pegangan syarikat sebanyak 27.54%. Pelabur institusi tempatan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pula masing-masing memiliki pegangan sebanyak 16.28% dan 10.52%.
Catalyst
Sejak kebelakangan ini sektor solar sering menjadi tumpuan dan kaunter-kaunter berkaitan solar seperti Solarvest, Samaiden dan Cypark terus menjadi rebutan para pelabur. Sectoral play ini bukan hanya terjadi sekali tetapi berlaku beberapa kali sejak akhir-akhir ini. Yinson bijak menghidu peluang kerana mereka tahu sekiranya syarikat ingin bertahan lama, mereka perlu beralih ke tenaga boleh diperbaharui.
Terkini, Yinson mengumumkan bahawa mereka telah mengambil alih kepentingan dalam syarikat dari India iaitu Rising Sun Energy Pte Ltd (RSE).

Anak syarikat milik penuh Yinson Holdings Bhd (Yinson) iaitu Yinson Renewables (S) Pte Ltd, telah selesai membuat pengambilalihan tambahan sebanyak 57.5%kepentingan ekuiti di dalam Rising Sun Energy Pte Ltd (RSE). RSE adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di India dengan dua loji solar beroperasi di Bhadla Solar Park, Rajasthan, India. Yinson kini memegang kepentingan sebanyak 95%.
Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Tenaga Boleh Diperbaharui Yinson David Brunt berkata, pengambilalihan itu menawarkan platform yang kukuh untuk mengembangkan perniagaan tenaga boleh diperbaharui mereka di India.

Sumber: Mercomindia
Bhadla Solar Park merupakan taman solar terbesar dunia dengan projek solar sebesar 2,245 MW telah dibina. Taman solar ini telah beroperasi sepenuhnya pada kapasiti yang dirancang.
Prestasi Suku Tahunan Yinson

Ketika pandemik melanda dan harga minyak dunia jatuh dengan drastik, banyak syarikat dalam sektor minyak dan gas mengalami kesukaran. Namun tidak bagi Yinson kerana syarikat ini seolah-olah langsung tidak terkesan, malah pendapatan dan keuntungan bersih syarikat telah meningkat. Bagi suku ketiga tahun 2020, Yinson merekodkan pendapatan sebanyak RM2.26 bilion dengan keuntungan bersih sebanyak RM100.73 juta.
Ini merupakan pencapaian terbaik yang pernah dicatatkan oleh Yinson bagi sesuatu suku tahunan.
Kemasukan Jerung Tempatan

Baru-baru ini kita dapat lihat jerung tempatan seperti EPF dan KWAP telah banyak membeli saham Yinson. Apabila pelabur institusi menunjukkan minat, pastinya ada sebab yang kukuh mengapa pelabur institusi membeli saham tersebut. Pihak insitusi biasanya mempunyai barisan pakar analisa bagi membuat analisa mendalam mengenai syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Sudah tentunya para institusi hanya akan membeli saham syarikat yang berkualiti.
Jika jerung dah masuk, kita yang bilis ni takkan nak tengok sahaja?
Hala Tuju Yinson Daripada Sudut Teknikal

Yinson dilihat mula membuat uptrend sejak awal bulan November 2020. Setelah melukis garisan uptrend pada carta, Yinson masih lagi berada di atas garisan uptrend yang bertindak sebagai support. Paras rintangan terdekat adalah pada harga RM5.84. Sekiranya harga saham berjaya memecahkan paras rintangan ini, rintangan yang seterusnya adalah pada paras RM6.00. Paras rintangan RM6 ini dilihat sebagai rintangan yang sangat kuat untuk ditembusi.
Rumusannya, Yinson merupakan kaunter saham yang baik daripada sudut fundamental dan boleh diperhatikan untuk dijadikan pelaburan jangka masa sederhana dan panjang.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi,mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM