• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, January 18, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Saham Market Update

Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Teknologi Paling Untung Tahun 2020

by Hazim Rosman
13/01/2021
in Market Update
6 min read
Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Teknologi Paling Untung Tahun 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TwitterKongsi ke Telegram

Sektor teknologi merupakan sektor yang menerima impak yang sangat positif daripada penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia sepanjang tahun 2020. Saham-saham daripada sektor ini telah membuat kenaikan yang memberangsangkan sehingga lebih daripada 1,000% dalam tempoh setahun.

This image has an empty alt attribute; its file name is Top-Teknologi-pic-1.png

Indeks teknologi Bursa Malaysia juga dilihat membuat uptrend sejak pertengahan Mac 2020 sehingga ke hari ini. Sektor teknologi ini dijangka akan terus mendapat perhatian pelabur dengan perkembangan teknologi semasa dan permintaan yang meningkat untuk produk daripada sektor teknologi ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is Top-Teknologi-pic-2-1024x576.png

Mari kita lihat lima daripada 10 saham sektor teknologi yang paling untung bagi tahun 2020.

Berkaitan

Bursa Malaysia Terus Susut Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

Bursa Malaysia Susut Awal Pagi Kerana Kekurangan Penyertaan Peniaga

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

1. Solution Group Berhad (SOLUTN) (0093)

Solution Engineering Holdings Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan mereka bentuk dan mencipta peralatan berkaitan biolubricant dan untuk pendidikan dan penyelidikan kejuruteraan. Syarikat ini juga terlibat dalam mereka bentuk dan mencipta sistem untuk industri automotif.

Berdasarkan carta di atas, saham SOLUTN ini mula mendapat perhatian perlabur pada awal bulan Ogos 2020 dan fasa pergerakan harga saham ini juga berubah daripada fasa sideways kepada fasa uptrend. Pada hujung November sehingga awal Disember 2020, harga saham SOLUTN membuat kenaikan parabolik sebelum jatuh ke paras support sekitar RM1.15.

Saham SOLUTN telah membuat kenaikan sebanyak 1,033.3% dalam masa setahun.

2. Hong Seng Cosolidated Berhad (HONGSENG) (0041)

Hong Seng Consolidated Berhad yang dulunya dikenali sebagai MSCM Holdings Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam pembuatan sarung tangan, kesihatan, perkhidmatan kewangan dan pengiklanan. Untuk sektor kesihatan, syarikat ini terlibat dengan membekalkan perkidmatan perdagangan elektronik untuk klinik swasta.

Untuk perkhidmatan kewangan pula, syarikat ini menawarkan servis pinjaman kewangan untuk hutang sewa beli. Untuk segmen pengiklanan pula, syarikat ini menyediakan perkhidmatan pemasaran pelbagai saluran dan mempunyai lesen data perniagaan.

Saham HONGSENG mula mendapat perhatian pelabur pada Ogos 2020 dan terus membuat kenaikan parabolik dan membuat kenaikan sehingga mencecah RM1.75 seunit sebelum jatuh ke paras support sekitar RM1.00 seunit. Harga saham ini pada 2 Januari 2020 hanyalah sekitar RM0.105 dan meningkat sebanyak 670.4% menjadi RM1.04 pada 31 Disember 2020.

3. MQ Techonology Berhad (MQTECH)(0070)

MQTECH merupakan syarikat yang terlibat dalam pembuatan acuan, alat dan perkakas dan alat ganti kenderaan. Syarikat ini juga terlibat dalam pembuatan acuan dan cakera keras untuk industri semikonduktor dan juga pemasangan automasi untuk penyimpanan data digital menerusi anak syarikatnya, MPT Solution Co. Ltd dan Microlead Precision Technology Sdn Berhad.

Saham MQTECH mula membuat perubahan daripada sideways kepada uptrend pada penghujung Jun 2020. Harga saham ini bermula pada 2 Januari 2020 dengan berharga RM0.02 dan meningkat sebanyak 575.0% untuk ditutup pada paras RM0.135 pada 31 Disember 2020. Saham ini adalah tergolong dalam saham super penny dan kenaikan yang mendadak ini hanya memerlukan kenaikan beberapa sen sahaja.

4. TFP Solution Berhad (TFP) (0145)

Syarikat TFP ini merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan syarikat bersama. Syarikat ini menawarkan penyelesaian pengurusan perniagaan (BMS) dan peyelesaian infrastruktur konvergensi (CIS). Menerusi anak syarikatnya, TFP terlibat di dalam perkhidmatan rangkaian keselamatan teknologi malumat (IT) dan penyelenggaraan perisian, pengurusan sumber manusia dan lain-lain lagi.

Saham TFP ini mula mendapat sambutan pelabur bermula pada penghujung bulan Ogos 2020 dan harga sahamnya telah naik mencecah RM0.225 pada awal September 2020. Harga saham TFP ini bermula hanya RM0.036 seunit pada 2 Januari 2020 dan telah naik sebanyak 538.9% menjadi RM0.23 seunit pada 31 Disember 2020.

5. INIX Technologies Holding Berhad (INIX) (0094)

INIX Technologies Holding Berhad adalah sebuah syarikat yang membekalkan perkakas dan perisian. Segmen syarikat ini merangkumi pembangunan perisian dan penyatuan sistem melalui anak syarikatnya Ansi Systems Sdn Berhad. Syarikat ini juga menawarkan pengurusan teknologi maklumat dan perkhidmatan profesional lain yang berkaitan.

Harga saham INIX hanyalah berharga RM0.055 seunit pada 2 Januari 2020 dan meningkat sebanyak 454.5% dalam tempoh setahun menjadi RM0.305 seunit. Saham ini mula mendapat minat belian yang tinggi pada awal bulan Ogos 2020 dan melakaukan kenaikan parabolik selama tiga hari berturut-turut sehingga mencecah harga sekitar RM0.475 seunit. Harga saham ini jatuh dengan drastiknya ke paras support sekitar RM0.425 seunit sebelum meneruskan kejatuhannya lagi.

Berikut adalah 10 senarai kaunter saham di dalam sektor teknologi yang paling untung pada tahun 2020.

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share826Tweet516Share

Related Posts

Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Terus Susut Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

by TheKapital
18/01/2021
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Market Update

Bursa Malaysia Susut Awal Pagi Kerana Kekurangan Penyertaan Peniaga

by TheKapital
18/01/2021

Follow Kami

No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?